Skip to main content

Dunia

NCAG sedia ambil alih pentadbiran Gaza susulan kemajuan pelan damai

logo National Committee for The Administration of Gaza (NCAG)
NCAG menyifatkan perkembangan terbaharu itu sebagai peluang penting untuk menamatkan konflik berpanjangan serta memulakan proses pemulihan dan pembangunan semula Gaza. -Foto X
Advertisement

BAITULMUQADDIS: Jawatankuasa Pentadbiran Nasional Gaza (NCAG) menyatakan kesediaan untuk mengambil alih pentadbiran Semenanjung Gaza susulan kemajuan dalam rundingan damai yang turut merangkumi isu pelucutan senjata Hamas dan kumpulan bersenjata Palestin lain.

Menerusi kenyataan yang disiarkan di platform X, NCAG menyifatkan perkembangan terbaharu itu sebagai peluang penting untuk menamatkan konflik berpanjangan serta memulakan proses pemulihan dan pembangunan semula Gaza.

 

 

Menurut jawatankuasa itu, keutamaan semasa adalah memastikan kemajuan diplomatik diterjemahkan kepada tindakan praktikal yang dapat memperbaiki kehidupan harian penduduk Gaza.

NCAG berkata semua persiapan institusi dan operasi telah dilaksanakan sejak beberapa bulan lalu bagi membolehkan badan tersebut mengurus perkhidmatan awam, memperkukuh pentadbiran serta menegakkan kedaulatan undang-undang di wilayah berkenaan.

Badan itu menjelaskan bahawa ia akan berfungsi sebagai pentadbiran teknokrat Palestin yang bersifat sementara dan tidak berpihak, dengan mandat tertumpu kepada urusan pentadbiran awam serta penyampaian perkhidmatan kepada penduduk Gaza.

NCAG turut menyatakan komitmen untuk bekerjasama dengan Board of Peace, Pasukan Penstabilan Antarabangsa dan rakan serantau bagi memudah cara penghantaran bantuan kemanusiaan serta memimpin usaha pembinaan semula wilayah yang terjejas akibat konflik.

NCAG ditubuhkan pada Januari 2026 sebagai badan peralihan yang dianggotai oleh profesional Palestin dari Gaza, dengan tanggungjawab mengurus pentadbiran awam sehingga proses pembaharuan politik Palestin selesai dilaksanakan.

 

 

Must Watch Video

Advertisement