awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dua lelaki ditahan lakukan perbuatan tidak senonoh di tempat awam
Arsenal sahkan Mikel Merino akan jalani pembedahan kaki
Olivia Dean dinobatkan Artis Baharu Terbaik di Anugerah Grammy
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Negara berurus niaga dengan Rusia bakal disekat - Trump

Agensi
Agensi
17/11/2025
01:40 MYT
Negara berurus niaga dengan Rusia bakal disekat - Trump
Menurut Trump, beliau tidak menolak kemungkinan Iran turut dimasukkan dalam senarai itu. - Gambar Reuters
FLORIDA: Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump pada Ahad berkata, parti Republikan sedang merangka undang-undang untuk mengenakan sekatan terhadap mana-mana negara yang menjalankan perniagaan dengan Rusia.
Menurut Trump, beliau tidak menolak kemungkinan Iran turut dimasukkan dalam senarai itu.
"Saya dengar mereka sedang melakukannya, dan itu tidak menjadi masalah bagi saya. Mereka sedang meluluskan atau menggubal undang-undang, pihak Republikan sedang memasukkan undang-undang yang sangat tegas.
"Ia melibatkan sekatan dan sebagainya terhadap mana-mana negara yang menjalankan perniagaan dengan Rusia. Mereka mungkin menambah Iran ke dalam senarai itu, seperti yang anda tahu. Saya yang mencadangkannya. Jadi, mana-mana negara yang berurus niaga dengan Rusia akan dikenakan," katanya.
Dalam pada itu, beberapa senator Amerika dilaporkan sedang menghidupkan semula usaha untuk membawa rang undang-undang sekatan dwipartisan yang tertangguh ke meja Trump.
Rang undang-undang itu akan mengenakan tarif ke atas negara yang membeli minyak dan gas Rusia serta mengenakan sekatan terhadap firma antarabangsa yang berurus niaga dengan sektor tenaga Rusia.
Sebelum ini, Presiden Rusia, Vladimir Putin, menyifatkan sekatan terbaharu AS terhadap dua syarikat minyak utama negaranya sebagai langkah yang “serius”, namun menegaskan ia tidak cukup kuat untuk menjejaskan ekonomi Rusia. - Agensi
Topic Berkaitan
#Donald Trump
#Iran
#Rusia
#Parti Republikan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan