awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
MALAYSIA
Amang seksual: Pelajar tahfiz dikenakan bon berkelakuan baik dua tahun
DUNIA
Puluhan penerbangan ke Bali dibatalkan susulan letusan Gunung Lewotobi
MALAYSIA
KKR perlu RM4 bilion setahun bagi kerja selenggara, naik taraf sepenuhnya jalan raya
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

DUNIA

Negara Islam perlu bersatu hadapi kekejaman rejim Zionis - Duta Iran

Pia Ernadya
Pia Ernadya
17/06/2025
12:11 MYT
Negara Islam perlu bersatu hadapi kekejaman rejim Zionis - Duta Iran
Duta Besar Iran ke Malaysia, Valiollah Mohammadi Nasrabadi menegaskan bahawa negara-negara Islam perlu bersatu dan bekerjasama dalam menghadapi kekejaman rejim Zionis Israel. - Astro AWANI
KUALA LUMPUR: Duta Besar Iran ke Malaysia, Valiollah Mohammadi Nasrabadi menegaskan bahawa negara-negara Islam perlu bersatu dan bekerjasama dalam menghadapi kekejaman rejim Zionis Israel.

Ringkasan AI
  • Duta Besar Iran ke Malaysia, Valiollah Mohammadi Nasrabadi, menegaskan negara Islam perlu bersatu untuk menghadapi kekejaman Israel dan mengelakkan serangan ke atas negara lain.
  • Beliau menyatakan rakyat Iran sentiasa bersedia mempertahankan negara, berbekalkan pengalaman perang lapan tahun menentang Iraq.
  • Konflik antara Iran dan Israel terus memuncak dengan serangan udara, mengorbankan 224 orang dan mencederakan lebih 1,200 mangsa, kebanyakannya orang awam.

Menurut beliau, tanpa perpaduan dalam kalangan negara Islam, ia hanya akan membuka ruang kepada Israel untuk terus melancarkan serangan ke atas negara-negara lain.
"Seperti yang kita sedia maklum, rejim Israel menyerang banyak negara kerana kita tidak bersatu.
"Mengambil contoh serangan pertama terhadap Lubnan dahulu, semua negara Islam bangkit mempertahankan negara itu.
"Dan selepas itu, Israel tidak berani menyerang negara lain,” katanya.
Nasrabadi berkata demikian ketika ditemui media di Kedutaan Republik Islam Iran di ibu negara, pada Selasa.
Ketika ditanya mengenai situasi semasa di Iran, beliau menyatakan keyakinan bahawa mereka berada dalam keadaan bersedia, berbekalkan pengalaman lampau yang pernah mereka lalui.
"Rakyat Iran pernah melalui detik sukar ketika serangan oleh bekas Presiden Iraq, Saddam Hussein, selama lapan tahun. Namun mereka tetap bertahan dan menunjukkan semangat juang yang tinggi.
"Pengalaman itu telah membentuk ketahanan dalam diri rakyat Iran, dan semangat itu masih diteruskan hingga hari ini," ujarnya.
Mengulas lanjut mengenai konflik yang sedang memuncak, beliau menegaskan bahawa tempoh berlarutan krisis itu bergantung kepada pihak lawan.
"Berapa lama konflik ini akan berlarutan, bergantung kepada pihak lawan. Saya sendiri tidak tahu. Tetapi apa yang pasti, kami sentiasa bersedia untuk mempertahankan negara selagi kami diserang," jelasnya.
Jumaat lalu, Israel memulakan siri serangan udara mengejut yang mengorbankan sebahagian besar kepimpinan tertinggi tentera dan saintis nuklear utama Iran.
Serangan itu didakwa bertujuan melumpuhkan program nuklear dan peluru berpandu balistik Iran.
Sebagai tindak balas, Iran melancarkan lebih 1,000 peluru berpandu dan dron ke arah wilayah Israel.
Setakat ini, sekurang-kurangnya 224 orang terkorban sejak serangan Israel bermula Jumaat lalu, manakala 1,277 lagi dimasukkan ke hospital, dengan 90 peratus mangsa terdiri daripada orang awam.
Dapatkan berita terkini di sini
Topic Berkaitan
#Kekejaman zionis
#Iran
#Israel
#Palestin
#Valiollah Mohammadi Nasrabadi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami