BEIJING: Negara membangun harus lantang dan berani bersuara berhubung isu melibatkan hal ehwal antarabangsa, kata Menteri Luar China Wang Yi.
Beliau berkata ketika pandemik COVID-19 masih belum reda serta situasi dunia yang tidak menentu dengan kebangkitan semula mentaliti Perang Dingin, peranan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dilihat semakin penting berbanding sebelum ini.
"Sistem antarabangsa berteraskan PBB perlu ditegakkan dan orde antarabangsa berdasarkan undang-undang perlu dipelihara.
"Norma asas hubungan antarabangsa berasaskan prinsip Piagam PBB juga perlu dijaga dengan baik," katanya ketika berucap pada pertemuan maya dengan delegasi duta negara membangun dari Asia dan Afrika ke Geneva, pada Isnin.
Wang menegaskan China sentiasa berdiri teguh bersama negara membangun dan akan terus bersuara untuk negara-negara ini.
Menyentuh mengenai isu Taiwan, beliau mengambil peluang untuk menjelaskan perkara itu dari sudut sejarah sambil menegaskan pendirian Beijing adalah konsisten.
"Saat berdepan dengan provokasi secara terang-terangan, tindakan balas yang diambil kami (China) adalah diperlukan dan wajar.
"Tindakan yang dibuat itu menjadi hak sah untuk mempertahankan kedaulatan negara dan integriti wilayah, sekali gus menjunjung prinsip tidak mencampuri urusan dalaman negara lain," kata Wang.
Kenyataan Wang itu turut menerima respons positif daripada duta-duta berkenaan.
Duta-duta berkenaan sependapat bahawa prinsip satu China yang termaktub dalam Resolusi 2758 Perhimpunan Agung PBB ialah konsensus masyarakat antarabangsa dan asas politik untuk negara lain menjalin hubungan dua hala dengan China.
Menurut duta berkenaan Taiwan dan Xinjiang ialah sebahagian wilayah China dan urusan dalaman China menolak campur tangan luar.
Delegasi diplomat itu antaranya dari Sierra Leone, Lesotho, Eritrea, Zimbabwe, Iraq, Cameroon dan Laos dalam rangka lawatan ke China dan turut berpeluang melawat Guangdong serta Xinjiang.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Aug 16 2022
Wang Yi menegaskan China sentiasa berdiri teguh bersama negara membangun dan akan terus bersuara untuk negara-negara ini. - Reuters
Astro sambung hak eksklusif EPL hingga 2027/28
Astro mempembaharui hak penyiaran eksklusif Liga Perdana Inggeris (EPL) dan Piala FA Emirates untuk tiga musim akan datang -- 2025/26 hingga 2027/28.
Skala penderitaan di Gaza gugat kepercayaan terhadap hak asasi manusia - UNRWA
UNRWA mengulangi gesaannya untuk gencatan senjata segera di Gaza.
Kampung Angkat MADANI JPA perkasa ekonomi penduduk, pelancongan Pulau Aman
Program Kampung Angkat Madani di Pulau Aman oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) berjaya mengubah landskap pembangunan kampung nelayan itu menjadi lebih segar dan menarik.
Seramai lebih 15 orang bangun untuk undi belah bahagi
Seramai lebih 15 ahli Dewan Rakyat bangun untuk menolak RUU dan memohon untuk undi belah bahagi. “Kami mahu bawak ke jawatankuasa” Kata Ahli Parlimen Pengkalan Chepa
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
LKIM sediakan 10,150 metrik tan stok penimbal ikan musim MTL
Stok ikan terjejas kerana rata-rata nelayan tidak dapat keluar ke laut ketika musim tengkujuh yang bermula Oktober hingga Februari tahun hadapan.
51 laporan penipuan forex libatkan kerugian lebih RM12 juta
Skim itu didalangi beberapa individu dari Malaysia dan Indonesia dengan menggunakan nama sebuah syarikat beralamat di Indonesia.
Pelancong China hilang di Suria KLCC
Seorang lelaki warga China berusia 84 tahun dilaporkan hilang di medan selera Suria KLCC, di sini, pada Ahad lalu.
Jangan putus asa, teruskan karier, itu pesan Sultan Sharafuddin kepada saya - Faisal Halim
Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berpesan agar Faisal Halim bekerja keras, tidak berputus asa dan meneruskan karier bola sepaknya.
Hukuman penjara 40 tahun terhadap pasangan bunuh anak perempuan kekal
Mahkamah Persekutuan mengekalkan hukuman penjara 40 tahun ke atas pasangan suami isteri yang didapati bersalah membunuh anak perempuan mereka.
KPM akan memperluas inisiatif kelas hibrid
Kementerian Pendidikan (KPM) bercadang memperluaskan kelas hibrid di 110 sekolah sedia ada kepada 400 sekolah dengan peruntukan RM340 juta.
BDDA peruntuk RM60 juta perhebat transformasi Bukit Saban sebagai hab pengeluaran makanan - Uggah
Agensi Pembangunan Bahagian Betong (BDDA) akan memperuntukkan sebanyak RM60 juta tahun depan untuk memperhebat usaha menjadikan kawasan DUN Bukit Saban sebagai hab pengeluaran makanan.
Perhimpunan Agung PBB sambung semula sesi tergempar tangani situasi serius di Gaza
Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menyambung semula sesi khas tergempar ke-10 bagi menangani situasi serius di Semenanjung Gaza malam tadi, lapor Agensi Berita Palestin (WAFA).
Malaysia ulangi komitmen sokongan padu terhadap Palestin, gesa gencatan senjata di Gaza dan Lubnan
Malaysia mengulangi komitmen berterusan dan sokongan padu terhadap perjuangan Palestin dan usaha damai yang mengiktiraf Palestin sebagai sebuah negara merdeka.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Penubuhan Pejabat UN-Habitat pengiktirafan PBB kepada Malaysia
Pejabat itu akan menjadi pusat tumpuan serantau yang berfungsi sebagai penghubung utama 58 negara kepada UN-Habitat dan rakan kongsinya.
100 negara sokong perjanjian hadkan pengeluaran barangan plastik
Sokongan itu bagaimanapun berdepan tentangan sengit daripada segelintir negara pengeluar minyak.
Israel sekat bantuan kemanusiaan ke utara Gaza
Gaza terus berdepan krisis kemanusiaan yang teruk, dengan penduduknya menghadapi ancaman kelaparan, penyakit, dan kematian.
Wanita, kanak-kanak cari makanan dalam timbunan sampah di Gaza - Pegawai PBB
Memperolehi keperluan asas telah menjadi perjuangan harian yang mengerikan untuk terus hidup bagi penduduk Gaza.
Borrell kecewa, tidak mampu hentikan pembunuhan beramai-ramai di Gaza
Ketua Dasar Luar Kesatuan Eropah (EU) yang akan bersara, Josep Borrell berkata pada Jumaat bahawa beliau meninggalkan Brussels "dengan perasaan kecewa yang amat sangat" berikutan "ketidakmampuan untuk
Ketua PBB seru gencatan senjata segera di Gaza
PBB akan terus berdiri bersama rakyat Palestin dan hak mereka yang tidak dapat dinafikan untuk hidup dengan aman, selamat dan bermaruah.