DUNIA
Netanyahu guna propaganda psikologi di UNGA, puluhan delegasi keluar dewan

Benjamin Netanyahu menggunakan propaganda psikologi di Perhimpunan Agung PBB (UNGA) pada Jumaat. - Gambar fail
NEW YORK: Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu menggunakan pentas Perhimpunan Pertubuhan PBB (UNGA) di New York sebagai propaganda psikologi.
Difahamkan, rejim Zionis memasang beberapa pembesar suara di sekitar Gaza untuk memastikan ucapan Netanyahu di UNGA didengari secara langsung oleh tebusan Israel yang dipegang Hamas.
"Kepada wira kami, ini perdana menteri kamu, saya bercakap kepada anda secara langsung dari forum UNGA. Kami langsung tidak pernah lupakan kamu walau sesaat.
"Penduduk Israel sentiasa bersama anda, kami tidak akan berhenti berjuang selagi anda belum dibebaskan," ujar Netanyahu penuh penipuan.Dalam pada itu, puluhan delegasi dari pelbagai negara keluar dari dewan UNGA ketika Netanyahu bersiap untuk memberi ucapan.
Netanyahu diberi peluang untuk berucap dalam UNGA ke-80 yang menghimpunkan pemimpin dunia.
Ucapan beliau berlangsung dalam situasi tegang selepas tekanan meningkat untuk menamatkan penjajahan Israel di Gaza, serta tuduhan jenayah perang yang dinafikannya.

Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami