awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Mogok jururawat terbesar dalam sejarah New York bermula susulan rundingan kontrak gagal
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Gaza perlu bantuan kemanusiaan diperluas, bukan sekatan tambahan - UNRWA
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Netanyahu ikrar teruskan perang hingga capai semua matlamat

Agensi
Agensi
07/10/2025
23:10 MYT
Netanyahu ikrar teruskan perang hingga capai semua matlamat
Netanyahu mendakwa, Israel telah “mengubah landskap Asia Barat” dan melemahkan kekuatan kumpulan Hamas. - Gambar Reuters
BAITULMAQDIS: Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu menegaskan, negaranya akan terus berusaha mencapai semua objektif perang, sempena ulang tahun serangan 7 Oktober di selatan Israel.
Dalam kenyataannya, Netanyahu menyifatkan dua tahun kebelakangan ini sebagai “perang untuk kewujudan dan masa depan Israel”.
Beliau mendakwa, Israel telah “mengubah landskap Asia Barat” dan melemahkan kekuatan kumpulan yang disokong Iran di rantau itu.
“Kita berada dalam hari-hari penentuan yang penting,” katanya.
“Israel akan terus bertindak bagi mencapai semua matlamat perang — termasuk membebaskan semua tebusan, menghapuskan pemerintahan Hamas, serta memastikan Gaza tidak lagi menjadi ancaman kepada Israel.”
Kenyataan itu bagaimanapun tidak menyentuh mengenai rundingan gencatan senjata yang sedang berlangsung, yang mencadangkan Israel menarik keluar pasukannya dari Gaza dan menamatkan perang secara kekal. - Agensi
Dapatkan berita terkini di sini
Topic Berkaitan
#Perang Israel-Hamas
#Benjamin Netanyahu
#rundingan damai
#gencatan senjata
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan