awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
'Bukan saya, saya baharu ‘clock in’ selepas Kamar Khas' - Kah Woh
Dua maut, dua lagi parah dirempuh Mercedes
Laksamana Madya Sabri Zali saman Chegubard berhubung isu salah guna kuasa, rasuah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Netanyahu setuju sertai ‘Board of Peace’ anjuran Trump, pantau gencatan senjata Gaza

Astro Awani
Astro Awani
21/01/2026
07:30 MYT
Netanyahu setuju sertai ‘Board of Peace’ anjuran Trump, pantau gencatan senjata Gaza
Netanyahu (kiri) terima jemputan Trump (kanan) menyertai 'Board of Peace' yang bertujuan mengawasi gencatan senjata Gaza dan perancangan pentadbiran wilayah pascaperang. -Gambar fail/Reuters
TEL AVIV / WASHINGTON: Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu telah menerima jemputan Presiden Amerika Syarikat Donald Trump untuk menyertai ‘Board of Peace’.

Ringkasan AI
  • Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, menerima jemputan daripada Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, untuk menyertai 'Board of Peace' yang bertujuan mengawasi gencatan senjata Gaza dan perancangan pentadbiran wilayah pasca-perang.
  • 'Board of Peace' pada mulanya direka sebagai kumpulan kecil pemimpin dunia, tetapi berkembang menjadi entiti global yang memiliki kuasa simbolik penting dalam perancangan politik pascakonflik.
  • Netanyahu menyetujui penyertaan dalam panel tersebut selepas meneliti komposisi lembaga dan berunding dengan pihak Washington.

Klik di sini untuk FAQ berkaitan artikel ini
Ia sebuah badan antarabangsa baharu yang ditubuh untuk mengawasi fasa seterusnya dalam pelaksanaan gencatan senjata Gaza serta perancangan pentadbiran pascaperang wilayah berkenaan, menurut pengesahan Pejabat Perdana Menteri Israel.
Prime Minister's Office announcement: Prime Minister Benjamin Netanyahu has announced that he accepts the invitation of US President Donald Trump and will become a member of the Board of Peace, which is to be comprised of world leaders.
— Prime Minister of Israel (@IsraeliPM) January 21, 2026
Menurut laporan media Amerika Syarikat, ‘Board of Peace’ pada asalnya dibayangkan sebagai sebuah kumpulan kecil pemimpin dunia yang memantau proses gencatan senjata Gaza, namun konsep itu berkembang menjadi rangka kerja global yang lebih besar dengan kuasa simbolik tetapi signifikan dalam perancangan politik pascakonflik.
Netanyahu memaklumkan persetujuan menyertai panel tersebut selepas meneliti komposisi awal lembaga dan mengadakan rundingan dasar bersama Washington.
Dalam laporan berasingan, beberapa ahli politik serta kelompok advokasi mengkritik keras perancangan Trump itu, yang menyifatkan bahawa badan tersebut menghimpunkan pemimpin kontroversi yang berdepan siasatan atau tuduhan jenayah perang, termasuk Netanyahu.
‘Board of Peace’ dijangka dianggotai pemimpin dari pelbagai negara termasuk Hungary, Belarus, Kazakhstan, UAE, Morocco, Vietnam dan beberapa negara lain yang turut menerima jemputan rasmi daripada Washington.
Keanggotaan tetap dilaporkan mensyaratkan sumbangan sebanyak AS$1 bilion.
Di Israel, terdapat kritikan dalaman terhadap langkah tersebut, termasuk bantahan berhubung penyertaan diplomat dari Turki dan Qatar dalam jawatankuasa eksekutif berkaitan Gaza.
Namun Netanyahu menegaskan bahawa penyertaan dalam panel itu tidak akan menjejaskan hubungan strategik Israel–AS, selain menolak kemungkinan membenarkan kemasukan tentera Turki atau Qatar ke Gaza dalam mana-mana fasa pascaperang.
Setakat ini, piagam penuh ‘Board of Peace’ masih belum diterbitkan, namun draf awal menunjukkan Trump bakal memegang kuasa besar sebagai pengerusi badan tersebut.
Maklumat terperinci dijangka diumumkan dalam sidang pemimpin dunia di Davos dalam masa terdekat.

Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI
  • Q: Apakah tujuan utama 'Board of Peace' yang dijemput oleh Donald Trump? A: 'Board of Peace' ditubuhkan untuk mengawasi pelaksanaan gencatan senjata Gaza dan perancangan pentadbiran wilayah pasca-perang.
  • Q: Siapakah yang dijangka menjadi ahli dalam 'Board of Peace'? A: Pemimpin dari negara-negara seperti Hungary, Belarus, Kazakhstan, UAE, Morocco, Vietnam, dan beberapa negara lain yang turut dijemput oleh Washington.
  • Q: Apakah kritikan yang diterima oleh perancangan 'Board of Peace' ini? A: Terdapat kritikan dalaman di Israel berhubung penyertaan diplomat dari Turki dan Qatar dalam panel tersebut, namun Netanyahu menegaskan bahawa hubungan strategik IsraelAS tidak akan terjejas.

Topic Berkaitan
#Benjamin Netanyahu
#Donald Trump
#Gaza
#gencatan senjata
#Board of Peace
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan