awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
DUNIA
Konflik Iran-Israel: Hak di bawah undang-undang antarabangsa tidak boleh dirampas melalui perang - Presiden Iran
MALAYSIA
Hatimurni rakan strategik institusi agama dan ibu ayah dalam pendidikan Islam
POLITIK
Pengarah Pilihan Raya Bersama PKR: Nurul Izzah, Saifuddin gandingan secocok - Fahmi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

DUNIA

Netanyahu ucap tahniah kepada Trump atas 'keputusan berani' serangan tapak nuklear Iran

Astro Awani
Astro Awani
22/06/2025
02:10 MYT
Netanyahu ucap tahniah kepada Trump atas 'keputusan berani' serangan tapak nuklear Iran
Netanyahu berkata tindakan itu telah "menafikan rejim paling berbahaya di dunia daripada memiliki senjata paling berbahaya di dunia". - Foto fail/AP
BAITULMAQDIS: Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, mengucapkan tahniah kepada Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump, atas tindakan menyerang tapak-tapak nuklear Iran, menyifatkannya sebagai “keputusan berani” yang akan mengubah landskap keselamatan global.

Ringkasan AI
  • Netanyahu memuji serangan Trump ke atas tapak nuklear Iran sebagai "keputusan berani" dan bukti kerjasama erat antara AS dan Israel mengekang ancaman nuklear.
  • Beliau menyifatkan tindakan itu sebagai langkah penting dalam memastikan "keamanan melalui kekuatan" dan menafikan potensi senjata berbahaya dimiliki Iran.
  • Serangan udara itu mencetuskan reaksi global yang bercampur - antara sokongan dan kebimbangan terhadap kemungkinan konflik lebih besar di Asia Barat.

Dalam satu kenyataan video yang disiarkan pada Ahad, Netanyahu berkata: “Tahniah, Presiden Trump. Keputusan berani anda untuk menyasarkan kemudahan nuklear Iran dengan kekuatan luar biasa AS akan tercatat dalam sejarah.”
Beliau menambah bahawa tindakan itu telah “menafikan rejim paling berbahaya di dunia daripada memiliki senjata paling berbahaya di dunia”.
Netanyahu turut menyatakan bahawa Israel dan AS kini berdiri bersama dalam usaha mengekang ancaman nuklear Iran, dan menyifatkan serangan itu sebagai bukti prinsip “keamanan melalui kekuatan”.
Kenyataan itu hadir selepas AS melancarkan serangan udara ke atas tiga tapak nuklear utama Iran - Fordow, Natanz dan Isfahan - menggunakan pesawat pengebom B-2.
Trump sebelum ini menyatakan bahawa serangan itu adalah langkah pencegahan terhadap potensi ancaman nuklear dari Tehran.
Sementara itu, reaksi antarabangsa terhadap serangan tersebut bercampur-campur, dengan beberapa negara menyuarakan sokongan terhadap tindakan AS dan Israel, manakala yang lain memberi amaran tentang risiko tercetusnya konflik yang lebih luas di Asia Barat.
Topic Berkaitan
#Benjamin Netanyahu
#Donald Trump
#Iran
#tapak nuklear
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami