awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ramalan awal banjir: Beberapa jajahan di Kelantan dijangka terkesan mulai hari ini
TikTok Shop bantu jenama tempatan tembusi pasaran menerusi inisiatif All-Star LIVE
Polis tumpas sindiket antarabangsa Asia Timur, rampas dadah RM1.04 bilion
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

New Zealand lapor 22 kes jangkitan tempatan libatkan varian Delta

Bernama
Bernama
20/09/2021
11:09 MYT
New Zealand lapor 22 kes jangkitan tempatan libatkan varian Delta
Auckland merekodkan 1,051 kes jangkitan tempatan, sementara Whakatiwai melaporkan tiga kes dan Wellington 17 kes. - Gambar fail/REUTERS
WELLINGTON: New Zealand pada Isnin melaporkan 22 kes jangkitan tempatan COVID-19 melibatkan varian Delta, dan menjadikan jumlah keseluruhan mencecah 1,071.
Kes baharu dilaporkan di bandar Auckland dan berhampiran Whakatiwai, lapor Agensi Berita Xinhua memetik kenyataan Kementerian Kesihatan.
Sebanyak 16 kes kini menerima rawatan di hospital, termasuk empat ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU) atau unit rawatan separa rapi (HDU).
Auckland merekodkan 1,051 kes jangkitan tempatan, sementara Whakatiwai melaporkan tiga kes dan Wellington 17 kes.
Kementarian Kesihatan turut mendedahkan 1,039 kes dikaitkan secara epidemiologi atau subkluster lain, manakala 12 kes lagi masih belum dipastikan punca jangkitan.
New Zealand turut melaporkan satu kes import melibatkan rakyatnya yang pulang dari luar negara. Kes berkenaan telah diasing dan dikuarantin di Auckland.
Jumlah kumulatif kes sejak pandemik bermula kini mencecah 3,725.
Pada 7 September, kebanyakan wilayah di luar Auckland beralih ke Tahap dua yang membenarkan sektor perniagaan dan sekolah beroperasi seperti biasa, serta mewajibkan pemakaian pelitup muka dan perjumpaan dihadkan kepada 50 orang.
Bagaimanapun, Auckland kekal dengan sekatan pergerakan Tahap Empat yang kini sudah melebihi 30 hari, menyaksikan penutupan sekolah dan sektor perniagaan tidak penting.
Perdana Menteri Jacinda Ardern dijadual mengumumkan tahap baharu sekatan pergerakan selepas mesyuarat Kabinet pada Isnin.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#New Zealand
#Varian Delta
#Auckland
#COVID-19
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan