awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dewan hotel tiba-tiba terbakar, majlis makan malam bertukar tragedi
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Tiga ADUN Pas Perlis terhenti keahlian serta-merta - Abdul Hadi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Nobuyo Oyama, pemilik suara Doraemon, meninggal dunia pada usia 90 tahun

Bernama
Bernama
11/10/2024
12:31 MYT
Nobuyo Oyama, pemilik suara Doraemon, meninggal dunia pada usia 90 tahun
Oyama meninggal dunia atas sebab semula jadi pada 29 September di sebuah hospital di Tokyo, menurut agensinya. - Gambar Agensi Berita Kyodo
TOKYO: Nobuyo Oyama, pelakon suara yang terkenal kerana memainkan watak utama dalam siri anime Jepun popular "Doraemon," meninggal dunia pada usia 90 tahun, menurut agensinya pada Jumaat, lapor Agensi Berita Kyodo.
Berasal dari Tokyo, Oyama memulakan kerjaya cemerlang sebagai pelakon suara selepas menamatkan pengajian dari sekolah lakonan Haiyuza. Doraemon, yang disuarakannya selama lebih suku abad, menjadi karakter ikonik yang disayangi oleh kanak-kanak.
Beliau meninggal dunia atas sebab semula jadi pada 29 September di sebuah hospital di Tokyo, menurut agensinya.
Selain berjuang melawan kanser kolorektal dan pernah mengalami strok, Oyama mendedahkan pada 2015 bahawa beliau juga berhadapan dengan masalah demensia.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Doraemon
#meninggal dunia
#strok
#karakter ikonik
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan