awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dewan hotel tiba-tiba terbakar, majlis makan malam bertukar tragedi
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Tiga ADUN Pas Perlis terhenti keahlian serta-merta - Abdul Hadi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Norway salur AS$32 juta untuk Palang Merah di Ukraine

Bernama
Bernama
27/09/2023
04:55 MYT
Norway salur AS$32 juta untuk Palang Merah di Ukraine
Pembiayaan akan digunakan untuk menyediakan perkhidmatan seperti penjagaan kesihatan, tempat tinggal, sokongan psikososial, makanan, air dan memenuhi keperluan penting lain bagi penduduk di Ukraine.- Gambar fail/Reuters
OSLO: Perdana Menteri Norway Jonas Gahr Store pada Selasa mengumumkan bahawa negaranya akan menyediakan 350 juta kroner Norway (US$32.35 juta) bagi menyokong operasi Persekutuan Antarabangsa Persatuan Palang Merah dan Bulan Sabit Merah (IFRC) di Ukraine, lapor Xinhua.
Pembiayaan itu akan digunakan untuk membantu menyediakan perkhidmatan seperti penjagaan kesihatan, tempat tinggal, sokongan psikososial, makanan, air dan memenuhi keperluan penting lain bagi penduduk di Ukraine, kata perdana menteri itu pada pertemuan dengan Ketua Pengarah Persatuan Palang Merah Ukraine Maksym Dotsenko.
"Pergerakan Palang Merah dan Bulan Sabit Merah Antarabangsa memberikan sokongan yang tidak ternilai kepada Ukraine. Kakitangan dan sukarelawannya menunjukkan keberanian yang luar biasa dalam usaha mereka untuk menyelamatkan nyawa dan mengurangkan penderitaan setiap hari," kata Store.
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu menganggarkan bahawa 12 juta orang di Ukraine memerlukan bantuan dan perlindungan, manakala lebih daripada 4 juta pelarian memerlukan perlindungan dan bantuan di negara jiran.
--BERNAMA-XINHUA
Topic Berkaitan
#kerajaan Norway
#bantuan buat Ukraine
#Persekutuan Antarabangsa Persatuan Palang Merah
#Rusia
#Gahr Store
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan