ANDA tidak boleh melarikan diri daripada kecerdasan buatan (AI) pada ketika ini kerana hampir kesemua produk akan mengintegrasikan ciri ini dalam masa terdekat.

Kerana permintaan untuk AI yang melonjak naik, semalam NVIDIA telah memintas Amazon sebagai syarikat paling bernilai di dunia.

Nilai pasaran NVIDIA mencecah $1.78 trilion (~RM 8.52 trilion) selepas pasaran saham ditutup berbanding Amazon dengan nilai $1.75 trilion (~RM 8.37 trilion).

Saham NVIDIA menjadi buruan ramai dengan ia melonjak hampir 250% dalam masa 12 bulan.

Ini dipacu oleh permintaan untuk NVIDIA A100 yang merupakan cip AI paling berkuasa di pasaran pada ketika ini.

Kemampuannya yang tinggi mengakibatkan jualannya diharamkan kepada syarikat daripada China.

Kali terakhir NVIDIA memintas Amazon adalah pada tahun 2002.

Pada ketika itu NVIDIA mengukir nama sebagai pengeluar kad grafik diskrit paling berkuasa untuk permainan video.

Malaysia turut menerima tempias kerana pusat data AI NVIDIA akan dibuka di Johor dengan pelaburan bernilai RM20 bilion. -Amanz