Skip to main content

Dunia

Obama berkabung memperingati mangsa tembakan

71355727329_295x200.jpg
Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama berikrar akan menggunakan seluruh kuasanya bagi memastikan tragedi seperti tembakan rambang yang berlaku di Newtown baru-baru ini tidak berulang lagi.

Katanya, peristiwa hitam ini harus dihentikan serta-merta dan cara untuk mengelakkan perkara seperti  ini berulang, ialah dengan masyarakatnya berubah.

26 maut di tempat kejadian dimana 20 daripadanya terdiri daripada kanak-kanak bawah 7 tahun manakala 6 daripadanya adalah kakitangan sekolah berkenaan.

Obama dalam pada masa sama , mengucapkan takziah dan bersimpati terhadap keluarga mangsa dengan menyatakan seluruh penduduk Amerika turut berkongsi kesedihan keluarga mangsa yang kehilangan orang tersayang.

Tambahnya, dalam menghadapi keganasan yang tidak dapat dielakkan, masyarakat seharusnya bersatu  selain mengambil berat diantara satu sama lain.

Pihak berkuasa mendedahkan identiti penembak sebagai  Adam Lanza berusia 20 tahun.

Sebelum kejadian dia dilaporkan membunuh ibunya sendiri dengan melepaskan beberapa tembakan di bahagian kepala sebelum kembali ke sekolah lamanya dan melakukan pembunuhan secara rambang.

Lanza yang bersenjatakan rifel kepunyaan ibunya kemudian bertindak membunuh diri sejurus menyedari kehadiran berkuasa.

Obama menyatakan sejak dilantik Presiden, ini kali keempat pembunuhan tembakan rambang secara besar-besaran berlaku di bawah pentadbirannya.

Katanya tindakan sewajarnya akan dipertimbangkan termasuk melibatkan penguatkuasaan undang-undang, pemeriksaan kesihatan mental, kaedah pengurusan keibubapaan dan sistem pendidikan bagi mencegah tragedi seperti ini berulang.

Obama berada di Newtown bagi menghadiri majlis pengkabungan mangsa yang terbunuh.

Advertisement

Must Watch Video