DUNIA
Obama desak tindakan segera cegah kebuluran di Gaza

Obama (foto) menggesa tindakan segera untuk mengelakkan kebuluran di Gaza, menekankan keperluan bantuan makanan dan air disalurkan tanpa sekatan kepada orang awam. -Gambar fail/Reuters
WASHINGTON: Bekas Presiden Amerika Syarikat (AS) Barack Obama menggesa tindakan segera diambil bagi mengelakkan kebuluran di Semenanjung Gaza, lapor Anadolu Ajansi.
Ringkasan AI
- Bekas Presiden AS Barack Obama menggesa tindakan segera untuk mengelakkan kebuluran di Gaza, menekankan keperluan bantuan makanan dan air disalurkan tanpa sekatan kepada orang awam.
- Israel mengumumkan rancangan menghentikan serangan secara setempat bagi membolehkan penghantaran bantuan melalui koridor selamat, susulan laporan kematian akibat kebuluran di Gaza.
- Sekatan Israel sejak 18 tahun lalu dan penutupan lintasan sejak 2 Mac telah memburukkan krisis kemanusiaan, dengan keadaan penduduk Gaza semakin kritikal akibat kelaparan dan dehidrasi.
Israel pada Ahad mengumumkan rancangan menghentikan serangan buat sementara secara setempat bagi membolehkan penghantaran bantuan melalui koridor selamat, selepas ramai rakyat Palestin dilaporkan mati akibat kebuluran di wilayah terkepung itu.
Krisis kelaparan di Gaza kini berubah menjadi bencana kemanusiaan. Rakaman yang menyayat hati menunjukkan penduduk yang terlalu kurus, rebah akibat tiada lagi sisa tenaga, dehidrasi dan kebuluran berpanjangan.
Israel melaksanakan sekatan terhadap Gaza sejak 18 tahun lalu dan menutup sepenuhnya semua lintasan sejak 2 Mac, memburukkan lagi situasi kemanusiaan di wilayah itu.
-- BERNAMA

Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami