Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama berharap beliau dan bakal Perdana Menteri India, Narendra Modi boleh bekerja rapat dan telah menjemput pemimpin nasionalis Hindu itu untuk melawat Washington.
Obama telah menelefon Modi untuk mengucapkan tahniah di atas kejayaan besar partinya, Parti Bharatiya Janata (BJP) dan menjemputnya ke Washington pada masa yang dipersetujui oleh kedua-dua pemimpin untuk mengukuhkan lagi hubungan dua hala negara itu.
Obama berkata beliau berharap untuk bekerja rapat dengan Modi untuk memenuhi janji hubungan strategik AS-India, dan kedua mereka telah bersetuju untuk terus memperluaskan dan meningkatkan kerjasama antara dua negara itu," kata Rumah Putih dalam satu kenyataan.
AS pernah menolak permohonan visa beliau pada tahun 2005 kerana beliau enggan memohon maaf atas kematian 1,000 orang, kebanyakkannya masyarakat Islam, yang berpunca daripada pertelingkahan antara agama di Gujerat pada tahun 2002.
Walau bagaimanapun, jurucakap White House, Jay Carney berkata Modi akan disambut baik di AS.
Obama pernah menjalinkan hubungan rapat dengan Manmohan Singh, Perdana Menteri India yang akan melepaskan jawatannya untuk digantikan oleh Modi dan pernah melawat India pada tahun 2010.
Parti BJP menjadi pihak pembangkang India sejak tahun 2004.
Sebaik sahaja menerima keputusan awal, Modi memuat naik mesej di Twitter yang membawa maksud, "India sudah menang!"
Di sebalik imejnya yang sederhana, lelaki berusia 63 tahun itu bagaimanapun diyakini pihak korporat mampu mengembalikan pertumbuhan pesat ekonomi India.
Mesejnya untuk merancakkan ekonomi India, semasa kempen pilihan raya juga berjaya mengatasi kritikan yang mengaitkannya dengan kumpulan nasionalis Hindu.
Seorang graduan dalam bidang Sains Politik, Modi mula menyertai BJP pada 1985.
Beliau juga berupaya melaksanakan kempen secara agresif hasil sokongan pihak korporat, dan menarik minat ramai pengundi dengan kempen yang dijalankan melalui atas talian.