awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Keselamatan pelancongan perlu jadi keutamaan negara menjelang TM2026 - Lee
Lima maut helikopter penyelamat terhempas di Gunung Kilimanjaro, Tanzania
PKR balas kenyataan Hadi: Pengampunan Najib dan Anwar berbeza
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Objek terbang tidak dikenali ganggu penerbangan di Lapangan Terbang Taoyuan Taiwan

Bernama
Bernama
22/05/2023
16:54 MYT
Objek terbang tidak dikenali ganggu penerbangan di Lapangan Terbang Taoyuan Taiwan
Penutupan berlangsung selama kira-kira 40 minit dan trafik udara disambung semula pada kira-kira 10.10 pagi, menurut TIAC. - Gambar Sinar Harian
TAIPEI: Objek terbang tidak dikenal pasti yang dilaporkan di Lapangan Terbang Antarabangsa Taoyuan Taiwan mengganggu penerbangan dan menjejaskan lebih 1,000 penumpang pagi Isnin, menurut pengendali lapangan terbang itu.
Operasi penerbangan masuk dan keluar di Taiwan Taoyuan International Airport Co. (TIAC) yang merupakan pintu masuk utama negara itu dihentikan selepas objek itu dikesan oleh juruterbang China Airlines, lapor Agensi Berita Pusat (CNA).
Penutupan berlangsung selama kira-kira 40 minit dan trafik udara disambung semula pada kira-kira 10.10 pagi, menurut TIAC.
Penutupan landasan menjejaskan tujuh penerbangan.
Pendaratan penerbangan MM23 Peach Aviation dan penerbangan Z2124 AirAsia ditangguhkan selain pelepasan pesawat BR712 EVA Airways, JX850 StarLux Airlines dan AK1511 AirAsia dengan jumlah penumpang keseluruhan 919, kata TIAC.
Dua penerbangan lain, CX488 Cathay Pacific dan MF887 Xiamen Airlines yang dijadual mendarat, diarahkan ke Lapangan Terbang Kaohsiung yang menjejaskan 280 penumpang, kata TIAC.
TIAC berkata pihak berkuasa lapangan terbang tidak dapat mengenal pasti objek terbang itu kerana ia hanya dilihat oleh seorang juruterbang, namun mereka tidak menolak kemungkinan objek itu adalah dron.
Mereka yang terlibat dalam aktiviti dron tanpa kebenaran di kawasan larangan di lapangan terbang boleh didenda antara NT$300,000 (AS$9,780) hingga NT$1.5 juta, menurut TIAC memetik Akta Penerbangan Awam.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#AirAsia
#objek terbang
#Juruterbang
#dron
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan