awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Amanah Perlis sedia hadapi kemungkinan PRK, seru rakyat kekal tenang
Suspek utama kes Suri Narudin dituduh esok
Dua beranak rentung: Lelaki terlibat dalam kebakaran didakwa esok
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

OIC nyatakan kebimbangan larangan Afghanistan berhubung pendidikan perubatan wanita

Bernama
Bernama
05/12/2024
13:17 MYT
OIC nyatakan kebimbangan larangan Afghanistan berhubung pendidikan perubatan wanita
Pihak berkuasa de facto Afghanistan melarang wanita daripada mengikuti kursus kejururawatan dan perbidanan. - Reuters
PERTUBUHAN Kerjasama Islam (OIC) melahirkan kebimbangan yang serius berikutan keputusan pihak berkuasa de facto Afghanistan melarang wanita daripada mengikuti kursus kejururawatan dan perbidanan, menandakan satu lagi kemunduran bagi pendidikan wanita di negara itu.
Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan pada Khamis, Sekretariat Agung OIC menyatakan kebimbangan yang serius mengenai perkara itu, menyifatkannya sebagai "arahan yang tidak dijangka dan sangat mengecewakan".
"Sekretariat Agung menyesali dekri ketat baharu ini yang melarang wanita daripada mengikuti pendidikan perubatan. Keputusan sedemikian datang bukan sahaja sebagai tamparan yang mengecewakan kepada hak asasi wanita Afghanistan, tetapi ia juga berkemungkinan menghasilkan kesan buruk kepada sistem penjagaan kesihatan Afghanistan yang menghadapi cabaran yang menggerunkan," menurut kenyataan itu.
Sekretariat Agung turut menyatakan harapan bahawa melalui penglibatan yang komited dan membina dengan pihak berkuasa de facto di Kabul, langkah-langkah positif dapat diambil untuk menarik balik sebarang larangan ke atas wanita muda dan kanak-kanak perempuan Afghanistan bagi mengakses pendidikan selaras dengan Resolusi OIC dan hak wanita dalam Islam.
"Sekretariat Agung dengan tegas menyeru pihak berkuasa de facto di Kabul untuk mengkaji semula langkah-langkah terbaru itu," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#oic
#Afghanistan
#larangan
#wanita
#pendidikan perubatan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan