DUNIA
OpenAI saman balas Elon Musk

Syarikat itu turut memohon agar hakim menghalang sebarang usaha lanjut daripada Musk untuk mencampuri urusan korporat mereka.
CALIFORNIA: OpenAI bertindak memfailkan saman balas terhadap Elon Musk, dengan mendakwa terdapat corak gangguan berterusan oleh beliau serta memohon perintah mahkamah untuk menghalang sebarang tindakan tidak sah dan tidak adil yang boleh menjejaskan syarikat tersebut.
Saman balas ini difailkan di Mahkamah Daerah Amerika Syarikat (AS) bagi daerah utara California, sebagai tindak balas kepada saman terdahulu yang dikemukakan oleh Musk terhadap OpenAI.
OpenAI menyatakan, Musk telah menggunakan pelbagai cara termasuk serangan melalui media, kempen negatif kepada lebih 200 juta pengikutnya di platform miliknya, tuntutan dokumen korporat dengan alasan yang direka, tindakan undang-undang mengganggu, serta bidaan palsu ke atas aset syarikat.
Syarikat itu turut memohon agar hakim menghalang sebarang usaha lanjut daripada Musk untuk mencampuri urusan korporat mereka dan mendesak beliau bertanggungjawab atas segala kerosakan yang telah ditimbulkan.Musk dan Ketua Pegawai Eksekutif OpenAI, Sam Altman, merupakan pengasas bersama syarikat itu pada tahun 2015, namun Musk meninggalkan organisasi tersebut sebelum ia muncul sebagai peneraju dalam pembangunan teknologi AI.
Musk kini mengetuai syarikat AI miliknya, X-AI, yang ditubuhkan pada tahun 2023, telah mengambil beberapa langkah untuk menghalang OpenAI daripada melaksanakan peralihan kepada model berasaskan keuntungan, yang menjadi fokus utama pertikaian undang-undang ini.
Perbicaraan dijangka bermula pada musim bunga tahun depan dan ia bakal menentukan arah tuju masa depan OpenAI serta model perniagaannya.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami