awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Orang Asli tidak terpinggir proses pendigitalan perkhidmatan - Shamsul Anuar
Lelaki maut 'terjun' dari kereta dipandu teman wanita
Dakwaan Malaysia serah 5,207 hektar tanah kepada Indonesia suatu penipuan - PM Anwar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Operasi gempa-tsunami Palu akan ditamat Khamis

Astro Awani
Astro Awani
08/10/2018
00:31 MYT
Operasi gempa-tsunami Palu akan ditamat Khamis
Susulan kejadian gempa bumi dan tsunami yang melanda Sulawesi pada 28 Sept lalu, lebih 5,000 mangsa masih belum ditemui, kebanyakannya di Petobo dan Baloroa. - Gambar fail
Usaha mencari dan menyelamat mangsa gempa dan tsunami di Palu akan ditamatkan pada Khamis.
Pihak berkuasa Indonesia berkata keputusan itu dibuat setelah tiada lagi mangsa hidup ditemui selepas hari ketiga usaha itu dilancarkan.
Setakat ini, angka korban susulan bencana berganda pada 28 Sept itu telah mencecah 1,763 nyawa, sementara hampir 2,600 cedera.
Namun, lebih 5,000 mangsa masih belum ditemui, kebanyakannya di Petobo dan Balaroa.
Menurut jurucakap Agensi Bencana Indonesia Sutopo Purwo Nugroho, ramai mangsa yang hilang dipercayai ditelan tanah.
Sementara itu, ratusan waris kepada mangsa yang masih hilang memberi reaksi marah, tidak puas hati dan sedih dengan keputusan dibuat agensi itu.
Salah seorangnya ialah penduduk Balaroa, dikenali sebagai Hajah Ikaya, 60 tahun, yang masih belum menemui kakak, abang ipar dan anak saudaranya dalam kejadian itu.
"Adakah mereka hendak berhenti mencari begitu sahaja sedangkan kami masih belum jumpa ahli keluarga dan kawan-kawan kami yang hilang?" soalnya.
Dede Diman, 25 tahun, dari Petobo, yang kematian ibu dalam tragedi itu dan masih mencari saudara perempuannya berkata: "Kami tak setuju. Kami tidak akan putus asa. Kami akan terus mencari kakak kami."
Topic Berkaitan
#gempa bumi
#mangsa
#operasi
#Palu
#Sulawesi
#tsunami
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan