awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Rusia lancar serangan udara paling lama ke atas Kyiv menjelang rundingan damai Trump-Zelensky
Netanyahu bakal bertemu Trump di AS ketika rundingan gencatan senjata Gaza perlahan
Gempa bumi 6.6 magnitud landa perairan Taiwan: CENC
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Operasi hari kelima mengapungkan kapal MV Ever Given

Astro Awani
Astro Awani
26/03/2021
22:45 MYT
Operasi hari kelima mengapungkan kapal MV Ever Given
Kapal Ever Given yang tersekat di Terusan Suez. - Foto Maxar Technologies/Handout via REUTERS
KAHERAH: Kapal tunda dan korek meneruskan operasi hari kelima untuk mengapungkan kapal kontena, MV Ever Given, yang menghalang Terusan Suez di Mesir.
Keadaan itu memaksa syarikat perkapalan mengubah laluan penting kapal dagang di sekitar Afrika.
MV Ever Given, yang lebih panjang daripada empat padang bola sepak, tersekat secara menyerong merintangi terusan itu sejak Selasa lalu, menutup laluan air kedua-dua arah.
Ia menyebabkan kesesakan lalu lintas ke atas lebih 200 kapal di kedua-dua hujung terusan sepanjang 193 kilometer (km) dan menyebabkan kelewatan penghantaran minyak dan produk lain.
Pegawai dari Shoei Kisen Kaisha, syarikat Jepun yang memiliki Ever Given berkata, kru sedang berusaha mengapungkan kapal terbabit.
Katanya, 'kapal tunda dan korek digunakan untuk menghancurkan batu' dalam usaha mengapungkan kapal itu.
Sepanjang malam, petugas menggunakan mesin pengorek sambil dibantu penggunaan lampu limpah untuk tujuan itu.
Bagaimanapun, kapal dengan berat kasar 219,000 tan dan berat muatan 199,000 tan itu masih belum bergerak, memaksa syarikat gergasi perkapalan global Maersk dan Hapag-Lloyd dari Jerman mengubah laluan sekitar hujung benua Afrika.
Menurut syarikat data dan berita perkapalan, Terusan Suez dijangka akan tersekat sekurang-kurangnya satu atau dua hari lagi.
Topic Berkaitan
#kapal kontena
#kapal kargo
#Terusan Suez
#kerja mengapungkan kapal
#operasi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan