Operasi kerajaan Amerika Syarikat yang terpaksa dihentikan tidak akan menjejaskan permohonan visa oleh warga asing untuk melawat Negara itu, kata jurucakap AS, Jen Psaki..

Menurut sumber AFP, beliau jmenjangkakan terdapat sedikit kesan terhadap operasi Jabatan Negara jika operasi kerajaan itu dikuatkuasa, dan kebanyakkan kakitangan tidak akan diberi cuti tanpa gaji sementara.

“Jika operasi kerajaan dihentikan, Jabatan Negara dan aktiviti USAID boleh dikekalkan secara terhad untuk masa yang singkat,” Jen berkata.

Antara sebab kenapa jabatan itu dapat dikekalkan adalah kerana dapat pembiayaan dari tahun fiscal 2013, yang bermula pada 1 oktober 2012, hanya diterima pada bulan Mac.

Kebanyakan bantuan dan program bantuan juga dibiayai selama beberapa tahun, manakala sesetengah perkhidmatan seperti visa telah dibiayai melalui bayaran yang dikenakan, katanya.

Tambah Jen, lawatan Setiausaha Negara Amerika Syarikat John Kerry ke Tokyo dan Indonesia akan diteruskan seperti dirancang pada akhir minggu ini.