awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Operasi menyelamat: Kanak-kanak terperangkap dalam lubang 32 meter di Maghribi

Agensi
Agensi
04/02/2022
14:37 MYT
Operasi menyelamat: Kanak-kanak terperangkap dalam lubang 32 meter di Maghribi
Usaha menyelamatkan kanak-kanak lelaki berusia lima tahun yang terjatuh ke dalam lubang sedalam 32 meter di wilayah Chefchaoen, utara Maghribi diteruskan pada Jumaat. - Foto Reuters
USAHA sedang giat dijalankan bagi menyelamat seorang kanak-kanak lelaki berusia lima tahun yang terjatuh ke dalam lubang sedalam 32 meter di wilayah Chefchaoen, utara Maghribi.
Pihak berkuasa dibantu dengan mesin jentolak memenuhi kawasan tersebut selepas kanak-kanak, yang dikenali sebagai Rayan itu dilaporkan terjatuh sejak Selasa lalu.
Insiden berlaku di Kampung Ighran yang juga kawasan tumpuan pelancong utara Chefchaouen.
Budak itu bagaimanapun dilaporkan berada dalam keadaan sedar selepas pihak berkuasa meletakkan kamera bagi melihat situasi kanak-kanak lelaki itu.
Dia juga dibekalkan topeng oksigen dan bekalan makanan serta air selepas tiga hari terperangkap di dalam lubang.
Bukan sahaja pegawai perubatan, malah sebuah helikopter juga sudah bersedia di sekeliling tapak pencarian sebaik kerja menyelamat berjaya dilakukan.
Sebelum ini, Khalid Agoram, bapa kepada kanak-kanak itu, melaporkan bahawa anaknya hilang sebelum mendapati telah terperangkap di dalam lubang.
Topic Berkaitan
#Kanak-kanak
#terjatuh
#Morocco
#SaveRayan
#Maghribi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan