awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
JKSB terima dua pengiktirafan MBOR untuk sistem Pengurusan Trafik AI Pintar
Agong lawat dua pusat pembuatan pertahanan teknologi canggih di Abu Dhabi
Peniaga di destinasi pelancongan diingatkan tidak naikkan harga, tipu sukatan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Operasi pencarian di tapak nahas Jeju Air ditamatkan

Bernama
Bernama
05/01/2025
05:00 MYT
Operasi pencarian di tapak nahas Jeju Air ditamatkan
Pihak berkuasa berkata sebarang penemuan tambahan mayat atau barangan peribadi adalah adalah tidak mungkin. - Gambar/ AP
MUAN (Korea Selatan): Pihak berkuasa Korea Selatan pada Ahad menamatkan operasi pencarian di lokasi nahas pesawat Jeju Air, seminggu selepas kemalangan maut yang meragut 179 nyawa ketika proses pemulihan hampir selesai, lapor agensi berita Yonhap.
Pegawai berkata agensi bomba, polis dan pasukan forensik kebangsaan telah menyelesaikan pencarian terakhir di bahagian ekor pesawat Jeju Air -- satu-satunya bahagian yang kekal utuh daripada nahas dan letupan -- lewat malam Sabtu.
Pihak berkuasa berkata sebarang penemuan tambahan mayat atau barangan peribadi adalah adalah tidak mungkin.
Pesawat Jeju Air yang membawa 181 orang yang pulang dari Bangkok, terhempas ketika mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Muan di daerah barat daya Muan pada 29 Dis, mengorbankan semua kecuali dua orang di dalamnya.
Operasi pencarian dijalankan sepanjang minggu lalu untuk mengeluarkan mangsa, manakala pasukan penyiasat bersama melaksanakan siasatan di lokasi bagi mengenal pasti punca nahas.
Kesemua 179 mayat telah ditemui, dan 151 daripadanya telah diserahkan kepada keluarga masing-masing bersama barangan peribadi yang dikenal pasti, lapor agensi itu.
Tidak termasuk tiga sekeluarga, baki 25 mayat dijangka diserahkan kepada keluarga mereka pada lewat hari ini.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Jeju Air
#nahas pesawat
#Operasi pencarian
#hasil siasatan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan