awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kajian Pilihan Raya Datuk Bandar KL: Jangan pandang rendah keupayaan UIAM - Fahmi
Kematian anjing bernama Ollie: Bicara kes saman kecuaian veterinar bermula 9 Feb
15 maut, lebih 80 cedera dalam letupan di masjid Islamabad ketika solat Jumaat
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Operasi penerbangan di lapangan terbang Chennai pulih, hujan lebat melanda selatan India

Bernama
Bernama
05/12/2023
08:54 MYT
Operasi penerbangan di lapangan terbang Chennai pulih, hujan lebat melanda selatan India
Operasi penerbangan di lapangan terbang Chennai di selatan India pulih pada pagi Selasa. - Gambar hiasan
NEW DELHI: Operasi penerbangan di lapangan terbang Chennai di selatan India pulih pada pagi Selasa, sehari selepas hujan lebat yang dibawa oleh siklon Miuchaung melanda Teluk Benggala dan menjejaskan banyak kawasan di negeri Tamil Nadu, India.
Sekurang-kurangnya lapan kematian dilaporkan di negeri itu akibat banjir di ibu negeri Chennai itu, manakala cuti umum diisytiharkan di empat daerah di Tamil Nadu.
"Bandar ini mengalami hujan yang lebih teruk berbanding tahun 1970-1980an. Oleh itu, langkah-langkah yang diambil sebagai mitigasi siklon tidak lagi sesuai," K.K. Nehru, menteri pentadbiran perbandaran dan bekalan air Tamil Nadu dipetik sebagai berkata dalam media.
Banyak penerbangan di lapangan terbang Chennai digantung pada Ahad dan Isnin, manakala perkhidmatan kereta api di beberapa daerah di selatan India turut terjejas akibat hujan dan banjir.
Negeri di selatan Andhra Pradesh dan di timur negeri Odisha itu diletakkan dalam keadaan berjaga-jaga berikutan ramalan cuaca buruk dan hujan, lapor media tempatan.
Pihak berkuasa di Andra Pradesh bersiap sedia untuk kerja-kerja menyelamat dan bantuan di banyak daerah berikutan siklon dijangkakan membadai Bapatla antara Nellore dan Machilipatnam pada petang Selasa.
Sekolah di daerah Gajapati di Odisha terus ditutup pada Rabu ekoran ramalan hujan lebat.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#lapangan terbang Chennai
#selatan India
#operasi penerbangan
#Pulih
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan