awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Projek RTB atasi masalah banjir kilat di Taman Sejahtera - Exco
PBB sambut baik pembukaan semula pintu sempadan Rafah - Jurucakap
"Kajian pilihan raya Datuk Bandar KL bukan dilakukan orang DAP" - Hannah Yeoh
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Operasi SAR bangunan runtuh di China diteruskan

Astro Awani
Astro Awani
02/05/2022
00:45 MYT
Operasi SAR bangunan runtuh di China diteruskan
Pasukan penyelamat membawa keluar seorang wanita yang diselamatkan dari runtuhan bangunan di Changsha, wilayah Hunan, China, 1 Mei 2022. (Foto AP)
KIRA-kira 48 jam selepas sebuah bangunan runtuh di selatan Changsha, China, operasi mencari diteruskan bagi menyelamatkan puluhan mangsa yang masih terperangkap.
Semalam, mangsa keenam berjaya diselamatkan manakala 39 lagi masih hilang.
Bangunan berkenaan runtuh dari tingkat dua menyebabkan banyak serpihan berselerakan di kaki lima.
Agensi berita negara Xinhua berkata, bangunan berkenaan mempunyai lapan tingkat, termasuk sebuah restoran di tingkat dua, sebuah kafe di tingkat tiga dan kediaman di dua tingkat teratas.
Terdapat penyewa yang telah membuat pengubahsuaian struktur pada bangunan itu, tetapi punca runtuhan masih dalam siasatan.
Dalam siasatan awal pihak berkuasa, syarikat Hunan Xiangda Engineering Testing telah mengeluarkan laporan keselamatan palsu pada 13 April.
Polis pada Ahad menahan seorang pemilik bangunan dan lapan yang lain, termasuk wakil sah syarikat itu serta empat juruteknik yang disyaki memberikan penilaian itu.
Tahap pematuhan yang lemah terhadap piawaian keselamatan, termasuk penambahan lantai tambahan yang menyalahi undang-undang dan kegagalan menggunakan palang besi pengukuhan, sering menjadi punca berlakunya runtuhan bangunan.
Topic Berkaitan
#China
#bangunan runtuh
#Changsha
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan