OPPO dan Nokia sebelum ini bertikai di antara satu sama lain disebabkan penggunaan paten – sekali gus membawa kepada barangan Oppo tidak boleh dijual di negara seperti Jerman.

Ia seterusnya membawa kepada pelbagai pertikaian di negara-negara lain, di mana Nokia ingin produk Oppo diharamkan penjualannya.

Lanjutan daripadanya, kini ia dilihat kedua-dua pihak telah berdamai, dan bersetuju untuk memeterai perjanjian kerjasama paten.

Nokia menyatakan dengan perjanjian ini, ia sekali gus membawa kepada kestabilan perniagaan pelesenan paten mereka.

Sementara untuk Oppo pula, mereka akan membayar royalti paten kepada Nokia, termasuk meliputi paten 5G.

Ini sekali gus menyelesaikan pelbagai pertikaian antara kedua-dua pihak, dan akan membolehkan Oppo mula menawarkan produk mereka di semua pasaran kembali tanpa masalah. -Amanz