Polis Indonesia pada Isnin menahan seorang YouTuber yang dikenali sebagai Edo Putra dan seorang rakannya, susulan video prank menyerahkan daging korban yang sebenarnya sampah kepada orang ramai.
"Kedua-dua suspek telah ditahan," kata Ketua Komisioner Polis Palembang Anom Setyadji.
Mereka didakwa melanggar Artikel 14 Kanun Jenayah Membuat Berita Palsu dan Masalah dalam Komuniti. Kandungan video itu juga didakwa melanggar etika kesopanan.
Jika didapati bersalah, mereka boleh dikenakan hukuman penjara 10 tahun.
Sebelumnya, Edo dan rakannya yang identitinya tidak didedahkan, memuat naik video berkenaan di YouTube, pada Jumaat.
Menerusi video itu, suspek bertemu dua wanita di sebuah kampung dan memaklumkan mahu mengagihkan 5 kilogram daging korban.
Mangsa terlebih dahulu diberitahu agar tidak membuka plastik hitam yang dikatakan mengandungi daging itu sebelum mereka meninggalkan kawasan tersebut.
'Daging' yang dimaksudkan, sebenarnya hanya sampah sarap yang dikutip suspek.
Ketika berita ini ditulis, video tersebut belum diturunkan dari YouTube.
Namun jumlah dislike yang diterima jauh melebihi jumlah like, iaitu 168,000 dislikes berbanding hanya 5,000 likes.
Agensi
Tue Aug 04 2020

Dalam video berkenaan, Edo dan rakannya meletakkan sampah di dalam plastik hitam dan mendakwanya daging korban. -YouTube

PDRM siap siaga gerakkan anggota tambahan hadapi banjir - Acryl Sani
Polis Diraja Malaysia (PDRM) sentiasa bersiap siaga bagi mengerakkan dan menambah pegawai termasuk anggota polis dari Bukit Aman bagi berhadapan bencana banjir terutamanya, di Johor dan Sabah.

Pemilihan UMNO tetap dilaksana walau ada bahagian digantung - Ahmad Maslan
Pemilihan UMNO yang bermula Rabu ini akan tetap diadakan di 22,000 cawangan dan 191 bahagian meskipun terdapat dua bahagian parti digantung.

Majlis Walimatul Urus Perdana MAIWP rai 100 pasangan pengantin
Seramai 100 pasangan pengantin diraikan dalam Majlis Walimatul Urus Perdana di Dataran Merdeka, pada Ahad.

Stephen Jimbangan sahkan sudah hantar surat letak jawatan sebagai Presiden Gagasan Rakyat
Stephen Jimbangan mengesahkan sudah menghantar surat peletakan jawatan sebagai Presiden Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat) bagi memberi laluan kepada kepimpinan baharu.

AWANI Ringkas: Pemimpin dapat kuasa, jangan susahkan rakyat
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

MetMalaysia | Hujan lebat berterusan tahap bahaya di Pahang dan Johor
Hujan lebat berterusan tahap bahaya dijangka melanda Rompin di Pahang serta Mersing dan Kota Tinggi di Johor sehingga esok. Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) menerusi amaran yang dikeluarkan pada jam 1 tengah hari tadi memaklumkan, hujan lebat berterusan tahap buruk dijangka melanda Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu, Bachok dan Pasir Puteh di Kelantan serta seluruh kawasan di Terengganu.

Palestin | Penduduk Al-Ahmar dihalau, rumah dirobohkan
Rakyat Palestin di halau keluar daripada kediaman mereka di Khan al-Ahmar. Penduduk hanya mampu melihat, pihak rejim Israel memusnahkan rumah, mengeluarkan arahan berpindah dan mengembangkan kawasan penempatan haram Israel.

Serangan Dron | Letupan di kilang pertahanan Iran
Kilang pertahanan Iran meletup akibat serang dron pada awal pagi Ahad. Kementerian Pertahanan Iran melaporkan berlaku kerosakan pada bumbung fasiliti berkenaan dan tiga dron telah ditembak jatuh.

Politik | Jangan susahkan rakyat ketika ada kuasa - PM
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengingatkan pemimpin supaya jangan menyusahkan rakyat ketika mereka ada kuasa. Dalam masa sama, beliau mengingatkan pemimpin supaya menggunakan kuasa untuk membantu rakyat yang terdiri pelbagai kaum.

Belanjawan 2023: Pemilikan rumah mampu milik antara hasrat golongan belia - Ahmad Maslan
Pemilikan rumah mampu milik merupakan antara intipati atau hasrat yang diutarakan oleh golongan belia dalam sesi dialog Belanjawan 2023 yang diadakan pada minggu lepas.

Meninggal dunia sebelum sempat ambil daging korban
Polis menerima laporan berhubung keadaan seorang penerima daging korban, Abd Malik Bakar, 55, yang tidak sedarkan diri pada jam 11.05 pagi.

Aidiladha: Jangan buat dua perkara ini ketika melapah daging korban
Jangan terkejut, perkara yang kita nampak baik untuk kita lakukan tapi tanpa sedar boleh juga mengundang dosa.

Aidiladha: Cara betul simpan daging korban dalam peti sejuk
Cara Betul Simpan Daging Korban Dalam Peti Sejuk, Mudah Nak Masak Macam Daging Baru! - Nona

Ibadah korban di Wilayah Persekutuan dibenarkan tetapi bersyarat - JAWI
Semua urusan ibadah korban termasuk penyembelihan di Wilayah Persekutuan hanya dibenarkan dilakukan di Rumah Sembelihan Jabatan Perkhidmatan Veterinar dan Rumah Penyembelihan Ruminan Swasta dilesen.

Padah buat 'prank' daging korban berisi sampah, YouTuber Indonesia ditahan polis
Kedua-duanya didakwa melanggar Artikel 14 Kanun Jenayah Membuat Berita Palsu dan Masalah dalam Komuniti.

Kasihan tengok ibu-ibu 'desperate' minta daging - Noh Salleh
Menerusi sebuah entri di Instagram, vokalis kumpulan Hujan, Noh Salleh berkongsi pengalamannya berada di Syria ketika sambutan Aidiladha.