awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Penumpang cedera penerbangan Etihad Airways dilanda gelora udara serius
'Peranan saya dalam SRC terhad kepada beri kelulusan dan kuasa veto' - Najib
Perancis catat lebih banyak kematian berbanding kelahiran pada 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Padah percaya rakan, isteri dirogol lima lelaki dalam kereta

Sinar Harian
Sinar Harian
25/10/2018
22:02 MYT
Padah percaya rakan, isteri dirogol lima lelaki dalam kereta
Polis memeriksa lokasi di mana kereta dipandu suspek ditinggalkan. -Foto Sinar Harian
Lima lelaki hidung belang dicekup polis selepas merogol seorang wanita dalam kereta yang sedang bergerak.
Polis berkata, kejadian itu berlaku di negeri Assam pada Rabu.
Selepas dirogol, mangsa ditinggalkan dalam keadaan tangan dan kaki diikat di sebuah hutan di daerah Nalbari.
Menurut sumber polis, sebelum kejadian mangsa serta suaminya sedang menunggang basikal dan dalam perjalanan pulang ke rumah selepas membeli barang keperluan dapur di Nathkuchi.
"Tiga suspek yang dikenali mangsa dan suaminya menawarkan bantuan untuk menghantar wanita itu pulang ke rumah.
"Suami mangsa menyambut pertolongan itu tanpa berasa curiga," kata jurucakap polis Shiladitya Chetia.
Tambah Chetia, ketiga-tiga suspek mengambil kesempatan merogol mangsa ketika melalui kawasan sunyi.
Suspek kemudian menghubungi dua lagi rakan mereka dan sekali lagi merogol mangsa dalam kereta yang sedang bergerak.
Kesemua suspek bakal dihadapkan ke muka pengadilan dalam waktu terdekat.
Pada Ogos lalu, insiden serupa berlaku di Nagaon.
Mangsa dirogol secara berkumpulan oleh empat lelaki dalam kereta yang sedang bergerak.
Wanita malang itu kemudiannya ditinggalkan di kawasan lebuh raya. - Agensi
Topic Berkaitan
#Assam
#Chetia
#dirogol secara berkumpulan
#kereta yang sedang bergerak
#Nathkuchi
#rogol
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan