Skip to main content

Dunia

Padah terleka, anak maut terbakar hidup-hidup dalam kereta

71557905128_KERETA.jpg
SEORANG kanak-kanak perempuan berusia 2 tahun maut terbakar di dalam kereta milik bapanya selepas dibiarkan bermain sendirian di luar rumah.

Dalam kejadian di Kozatske, Selatan Ukraine pada Selasa, mangsa yang dikenali sebagai Oryna dilapor bermain dengan mancis yang dijumpainya di dalam kenderaan itu.

Mangsa sebelum itu dilaporkan ditinggal sendirian oleh bapanya di halaman rumah selama hanya beberapa minit.

Oryna dipercayai memanjat kereta milik bapanya dan bermain-main dengan sekotak mancis yang dijumpainya sebelum secara tidak sengaja menyalakan api di dalam kenderaan.

Polis memaklumkan bahawa Oryna mungkin telah menjatuhkan batang mancis yang menyala pada tempat duduk kereta akibat panik menyebabkan api terus marak.

Hasil bedah siasat mendapati mangsa meninggal dunia akibat terbakar teruk selain keracunan karbon monoksida.

Advertisement

Must Watch Video