Salah satu pakej berisi bahan letupan yang dijumpai di stesen tren Waterloo, London pada Selasa didapati mempunyai alamat penghantar dari Dublin, Ireland, lapor media tempatan Evening Standard.

Susulan itu juga, polis Ireland mengesahkan pihaknya sedang membantu pihak Polis Metropolitan London dalam siasatan lanjut kes berkenaan.

Terdahulu Polis Metropolitan London memaklumkan menemui tiga pakej berisi bahan letupan di tiga lokasi berbeza.

Selain di stesen tren Waterloo, dua lagi pakej berisi bahan letupan dijumpai di ibu pejabat Lapangan Terbang Bandaraya London dan Lapangan Terbang Heathrow.

Tiada kemalangan jiwa dilaporkan.