Insiden berganda di dewan snooker dan pasar di bandar Quetta itu membunuh hampir seratus orang manakala 120 yang lain cedera.

Kumpulan Laskhar-e-Jhangvi mengaku bertanggungjawab dengan salah satu insiden letupan yang berlaku di Pakistan.

Sebelum letupan di dewan snooker itu, serangan bom di sebuah pasar di Baluchistan meragut 20 nyawa.

Kumpulan militan dikenali sebagai "United Baloch Army" mengaku bertanggungjawab.

Seorang pegawai kanan polis memberitahu sebutir bom meletup di luar bangunan dewan snooker di Jalan Alamdar.

Manakala letupan kedua menyusul 10 minit kemudian selepas petugas penyelamat polis dan media tiba.

Antara yang maut termasuk dua media dan empat petugas pertubuhan penyelamat swasta, Yayasan Edhi.

Lima anggota polis juga terbunuh dalam letupan itu.

Angka korban dijangka meningkat ketika usaha menyelamat dilakukan.

Dalam pada itu, Laskhar-e-jhangvi kumpulan yang mengaku bertanggungjawab dengan letupan berganda itu dikatakan mahu membalas dendam dengan dua insiden pada Rabu.

Insiden itu tembakan ke atas ulama berfahaman Sunni dan rampasan senjata daripada tempat persembunyian mereka oleh pihak berkuasa.

Laskhar-e-jhangvi merupakan kumpulan yang diharamkan di Pakistan kerana kaitannya dengan Al-Qaeda.

Selain letupan di bandar Queeta itu, Pakistan turut digegarkan dengan serangan bom di sebuah pasar dengan antara yang maut ialah askar dan dua pegawai awam.