awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Negara Arab, Islam kecam langkah terbaharu Israel kukuhkan kawalan di Tebing Barat
Palestin mohon mesyuarat tergempar Liga Arab susulan keputusan Israel
Jawatankuasa penganjur Olimpik siasat punca kerosakan pingat
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pakistan haramkan adegan intim, 'atas katil' dalam drama televisyen

Agensi
Agensi
10/01/2019
23:22 MYT
Pakistan haramkan adegan intim, 'atas katil' dalam drama televisyen
Drama televisyen di Pakistan sejak kebelakangan ini banyak dilihat cuba mencabar cara konservatif yang diamalkan negara itu.
SALURAN televisyen Pakistan tidak lagi dibenarkan memaparkan adegan intim atau adegan 'di atas katil' dalam drama yang disiarkan, umum penguatkuasa penyelia kandungan media negara itu.
Ia susulan dakwaan terlalu banyak kandungan bertemakan feminis dan 'berani', yang disifatkan menyinggung penonton, lapor AFP.
Jabatan Kawalselia Media Elektronik Pakistan (PEMRA) mengeluarkan arahan itu pada Selasa, dan meminta saluran televisyen agar menghormati garis panduan tersebut dan tidak menyiarkan kandungan yang tidak menggambarkan masyarakat Pakistan sebenar.
"Adegan, dialog yang tidak sopan, hubungan luar nikah, keganasan, berpakaian tidak sesuai, adegan rogol, pelukan, adegan di atas katil, penggunaan dadah dan alkohol, saat-saat intim antara pasangan dipopularkan sehingga mengabaikan kebudayaan dan nilai-nilai di negara ini," kata PEMRA dalam satu kenyataan.
Drama televisyen di Pakistan sejak kebelakangan ini banyak dilihat cuba mencabar cara konservatif yang diamalkan negara itu, dengan majoriti berlatar belakangkan plot yang menggambarkan isu-isu sosial seperti keganasan rumah tangga, penderaan kanak-kanak, keganasan dan wanita.
Topic Berkaitan
#adegam
#drama
#INTIM
#Kanak-kanak
#Konservatif
#Media
#Pakistan
#televisyen
#wanita
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan