awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tujuh daripada 10 rakyat Malaysia optimistik negara di landasan tepat - Ipsos
Keluarga Altantuya pulangkan semula ganti rugi termasuk faedah kepada kerajaan
FEM 2026: Perlu keseimbangan tangani ‘trilemma tenaga’ – Fadillah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pakistan kembali tayangkan filem Bollywood selepas tempoh 'pengharaman'

Agensi
Agensi
19/12/2016
04:33 MYT
Pakistan kembali tayangkan filem Bollywood selepas tempoh 'pengharaman'
Tindakan 'penggantungan' sebelum ini diambil sebagai balasan terhadap tindakan India mengharamkan penggiat seni Pakistan. - Gambar hiasan
Panggung wayang di Pakistan kembali menayangkan filem-filem dari produksi Bollywood bermula hari ini (19 Disember), lapor media tempatan.
Pemilik panggung wayang berkata, mereka sebelum ini hanya menggantung sementara tayangan filem dari India, namun tidak sepenuhnya ‘mengharamkannya’.
“Penggantungan yang dibuat sebelum ini berakhir pada 19 Disember,” kata pemilik panggung Atrium, Nadeem Mandviwala.
Tambahnya, filem-filem yang tidak dapat ditayangkan sebelum ini akan mendapat giliran tayangan semula.
“Kami menarik balik penggantungan ini berdasarkan keputusan persatuan. Kami mengambil keputusan ini kerana mahu menyokong panggung India, dan mengharapkan mereka dapat menyokong kita sebagai balasan.
“Kita tidak boleh bertepuk sebelah tangan, tidak kiralah tangan siapa lebih besar. Yang penting adalah tepukan bersama. Mesej itulah yang kami ingin sampaikan kepada India,” ujar Pengarah Mandviwala Entertainment, Aadil Mandviwala.
Pada September 30, pengurusan panggung-panggung wayang di Pakistan membuat keputusan menghentikan tayangan filem dari India sebagai tanda protes pengharaman artis Pakistan di India, selain menunjukkan solidariti dengan angkatan bersenjata Pakistan.
Semuanya bermula apabila Persatuan Penerbit Filem India (IMPPA) mengharamkan pelakon, pemnyanyi dan juruteknik Pakistan daripada bekerja di India.
Isu itu menjadi lebih hangat apabila seorang pemimpin parti politik India, Raj Thackeray mengeluarkan kenyataan untuk mengekang penggiat seni Pakistan: “Dengan populasi kita yang mencecah 1.5 bilion, kita tidak perlukan mereka.”
Topic Berkaitan
#Bollywood
#filem India
#panggung wayang Pakistan
#solidariti penerbit filem
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan