awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
KKM nafi Klinik Kesihatan tidak lagi terima pesakit 'walk-in'
Sarawak muktamadkan pengambilalihan MASwings
Roberto Carlos stabil selepas jalani pembedahan jantung kecemasan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pakistan, negara Islam lain kecam tindakan Israel serbu Masjid Al Aqsa

Bernama
Bernama
08/08/2022
05:47 MYT
Pakistan, negara Islam lain kecam tindakan Israel serbu Masjid Al Aqsa
Insiden sebegitu melanggar undang-undang antarabangsa secara terang-terangan, menjejaskan norma dan amalan antarabangsa. - Gambar fail
NEW DELHI: Pakistan dan negara Islam lain mengecam tindakan Israel menyerbu kompleks Masjid Al Aqsa di Baitulmaqdis Timur.
"Pakistan mengutuk sekeras-kerasnya pencerobohan yang dilakukan pendatang Israel di halaman Masjid Al Aqsa dan mendapat perlindungan tentera Israel," menurut Kementerian Luar Pakistan dalam satu kenyataan pada Ahad.
"Tindakan provokatif ini secara terang-terangan telah melanggar kesucian Kiblat-e-Awal (kiblat pertama) dan menjejaskan sentimen umat Islam di seluruh dunia.
"Insiden sebegini melanggar undang-undang antarabangsa secara terang-terangan, menjejaskan norma dan amalan antarabangsa.
"Sebarang percubaan untuk mengubah sejarah dan undang-undang Masjid Al Aqsa mesti dihentikan," menurut kenyataan itu.
Sekumpulan pendatang haram Yahudi menceroboh masuk ke kompleks masjid pada Ahad ketika Israel meneruskan pengeboman di Semenanjung Gaza.
Israel telah membunuh 44 orang dan mencederakan lebih 300 orang di Gaza dalam serangan terbarunya.
Qatar, Jordan, Kuwait, Turkiye dan Arab Saudi antara negara yang mengecam serangan Israel ke atas tapak suci Islam itu.
Kementerian Luar Qatar memberitahu bahawa "amalan provokatif Israel adalah sebahagian daripada percubaan berterusan untuk mengubah status sejarah dan undang-undang Masjid Al Aqsa dan untuk memajukan pembahagian sementara masjid".
Sambil menyeru tindakan antarabangsa, Qatar memberi amaran bahawa "provokasi yang berterusan termasuk pencerobohan baharu Israel di Semenanjung Gaza akan meningkatkan ketegangan dan gelombang keganasan".
"Kami mengutuk sekeras-kerasnya serangan berterusan Israel ke atas orang awam dan percubaan untuk melaksanakan ibadat di Masjid Al Aqsa.
"Kami mengulangi gesaan kepada kerajaan Israel untuk tidak membenarkan tindakan sedemikian yang menyasarkan status dan kesucian Al Haram Al Sharif," menurut Kementerian Luar Turkiye dalam satu kenyataan.
Menteri Luar Jordan Ayman Safadi berkata beliau telah mengadakan perbincangan dengan Penyelaras Khas Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) untuk Proses Keamanan Timur Tengah, Tor Wennesland, mengenai usaha menghentikan pencerobohan Israel di Gaza.
"Menghentikan ketegangan dan memulihkan keamanan mesti menjadi keutamaan global," katanya.
Safadi berkata "sejarah dan status quo yang sah" mesti dihormati di Baitulmaqdis.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Israel
#masjid al aqsa
#pencerobohan
#Pakistan
#negara Islam
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan