awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pemalsuan dokumen: FAM buat laporan polis
Snapchat perkenal lensa AI 'Animate It' untuk cipta video janaan automatik
Luruan monsun: Tiada indikator risiko banjir besar awal 2026 - MetMalaysia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Palestin akan rayu keahlian penuh PBB - Presiden

Bernama
Bernama
12/02/2023
20:20 MYT
Palestin akan rayu keahlian penuh PBB - Presiden
Pemimpin Palestin itu menambah teks resolusi itu harus menekankan "penamatan tindakan unilateral dan aktiviti penempatan, melebihi segalanya". - Foto REUTERS
KAHERAH: Pihak Berkuasa Palestin (PA) akan merayu kepada Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu untuk menerima pakai resolusi yang memastikan penyelesaian dua negara dengan memberikan Palestin keahlian penuh dalam pertubuhan itu, kata Presiden Mahmoud Abbas pada Ahad.
"Dalam tempoh beberapa hari akan datang, PA akan memohon kepada PBB termasuk Majlis Keselamatan bagi menuntut resolusi mempertahankan penyelesaian dua negara dengan memberikan Palestin keahlian penuh dalam PBB," kata Abbas ketika Persidangan Baitulmaqdis di Kaherah, ibu pejabat Liga Negara Arab.
Pemimpin Palestin itu menambah teks resolusi itu harus menekankan "penamatan tindakan unilateral dan aktiviti penempatan, melebihi segalanya", lapor Sputnik.
"Palestin berhak, dan akan terus memohon kepada mahkamah dan organisasi antarabangsa untuk melindungi hak rakyatnya," kata presiden itu.
Pada akhir Disember 2022, Perhimpunan Agung PBB menerima pakai resolusi yang menyeru Mahkamah Keadilan Antarabangsa menilai akibat dari segi undang-undang mengenai pendudukan Israel di wilayah Palestin, termasuk Baitulmaqdis Timur.
Israel dan Palestin telah bermusuhan sejak penubuhan Israel pada 1948.
Rakyat Palestin meminta pengiktirafan diplomatik terhadap wilayah Tebing Barat, termasuk Baitulmaqdis Timur, yang sebahagiannya diduduki oleh Israel, dan Semenanjung Gaza.
Kerajaan Israel enggan mengiktiraf Palestin sebagai entiti politik dan diplomatik yang bebas dan membina penempatan di kawasan yang diduduki walaupun mendapat bantahan daripada PBB.
--BERNAMA
Topic Berkaitan
#Palestin
#PBB
#keahlian penuh
#Mahmoud Abbas
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan