awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tentera Israel roboh bangunan UNRWA di Baitulmuqaddis Timur
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Selangor jadikan pembangunan Islam teras dasar negeri, berpasikan Maqasid Syariah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Palestin dakwa Israel musnah artifak Islam era Bani Umayyah di Al-Aqsa

Astro Awani
Astro Awani
01/09/2025
09:40 MYT
Palestin dakwa Israel musnah artifak Islam era Bani Umayyah di Al-Aqsa
Insiden ini berlaku selari laporan bahawa sekumpulan pelampau Yahudi telah menceroboh kawasan Al-Aqsa dan melakukan ritual Talmudik di bawah perlindungan polis Israel pada Ahad lalu. -Gambar fail
BAITULMUQADDIS: Pihak berkuasa Palestin menuduh Israel menjalankan kerja penggalian rahsia di bawah kawasan Masjid Al-Aqsa yang didakwa telah merosakkan artifak Islam bersejarah, termasuk tinggalan dari era pemerintahan Bani Umayyah.

Ringkasan AI
  • Pihak berkuasa Palestin menuduh Israel menjalankan penggalian rahsia di bawah Masjid Al-Aqsa yang merosakkan artifak Islam bersejarah dan mengancam kestabilan struktur masjid.
  • Aktiviti penggalian dilakukan tanpa pengawasan antarabangsa, dipercayai bertujuan menyokong naratif pembinaan kuil Yahudi dan menghapuskan identiti sejarah Islam.
  • Terdapat sekurang-kurangnya 64 terowong dikenal pasti di sekitar Al-Aqsa, mencetuskan gesaan campur tangan segera daripada PBB dan badan warisan dunia.

Dalam satu kenyataan rasmi, Pentadbiran Wilayah al-Quds menyatakan bahawa operasi penggalian tersebut dilakukan tanpa pengawasan antarabangsa dan bertujuan menghapuskan identiti sejarah Islam Al-Aqsa serta mengubah fakta demi naratif pembinaan kuil Yahudi.
Rakaman yang bocor menunjukkan aktiviti penggalian bawah tanah oleh pasukan Israel berhampiran kawasan suci umat Islam itu.
Pihak Palestin menyifatkan tindakan tersebut sebagai jenayah budaya dan pelanggaran terang-terangan terhadap undang-undang antarabangsa serta perjanjian UNESCO yang melindungi warisan dunia.
Menurut Al Quds International Institution, sekurang-kurangnya 64 terowong dan tapak penggalian telah dikenal pasti di sekitar kompleks Al-Aqsa sepanjang tahun ini, menimbulkan kebimbangan terhadap kestabilan struktur masjid dan keselamatan jemaah.
Pihak berkuasa Jordan, yang mentadbir wakaf Islam di kawasan tersebut, belum mengeluarkan kenyataan rasmi, namun aktivis dan pemimpin tempatan menyeru campur tangan segera daripada Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan badan warisan antarabangsa.
Insiden ini berlaku selari dengan laporan bahawa sekumpulan pelampau Yahudi telah menceroboh kawasan Al-Aqsa dan melakukan ritual Talmudik di bawah perlindungan polis Israel pada Ahad lalu.
Dapatkan berita terkini di sini
Topic Berkaitan
#Israel
#Masjid Al-Aqsa
#penggalian rahsia
#artifak Islam
#era pemerintahan Bani Umayyah
#ritual Talmudik
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami