Skip to main content

Dunia

Palestin lapor 5 kes baharu varian Omicron

61639289381_Omicron.jpg
RAMALLAH (Palestin): Palestin merekodkan lima kes baharu COVID-19 varian Omicron pada Sabtu, lapor Agensi Anadolu.

Dalam satu kenyataan, jurucakap kementerian Kamal Al-Shakhra, berkata jangkitan baharu itu dilaporkan di Tebing Barat yang diduduki.

Beliau berkata jumlah keseluruhan kes varian Omicron di wilayah Palestin setakat ini adalah sebanyak 23.

Pihak berkuasa kesihatan Palestin melaporkan tiga kes pertama varian baharu pada 23 Dis.

-- BERNAMA

Advertisement

Must Watch Video