Hikmah di sebalik musibah yang berlaku. Mungkin itu ungkapan paling tepat untuk mangsa-mangsa tragedi kren runtuh di Mekah minggu lalu.

Raja Arab Saudi, Raja Salman bin Abdulaziz Al Saud, telah mengarahkan pemberian wang pampasan kepada keluarga mangsa tragedi berkenaan sebanyak SR1 juta (RM 1.1 juta).



Wang itu akan diberikan kepada keluarga setiap mangsa yang terkorban, termasuk mereka yang cedera dan mengalami kecacatan kekal akibat insiden malang itu.

Mereka yang mengalami cedera ringan pula akan diberikan pampasan SR500,000 (RM573,610).

Manakala bagi mereka yang tidak dapat meneruskan ibadat haji tahun ini kerana cedera dalam kejadian itu, akan menerima jemputan khas Diraja untuk menjalani ibadat haji tahun hadapan.


Visa khas juga akan dikeluarkan untuk ahli keluarga yang menjaga mangsa yang cedera dan sedang dirawat di sana bagi memudahkan urusan mereka.

Tragedi kren runtuh di Masjidil Haram mengorbankan 107 nyawa, lima daripadanya rakyat Malaysia.

Sumber:

http://www.emirates247.com/news/region/makkah-grand-mosque-crane-accident-1m-riyal-compensation-for-each-victim-2015-09-15-1.603729

http://gulfnews.com/news/gulf/saudi-arabia/makkah-crane-victims-to-get-1m-riyals-each-1.1584675

http://www.khaleejtimes.com/region/saudi-arabia/1m-riyals-compensation-for-makkah-crane-crash-victims