awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kren runtuh: Arwah sering bantu adik walau jarang berhubung

Bernama
Bernama
01/11/2022
08:20 MYT
Kren runtuh: Arwah sering bantu adik walau jarang berhubung
Ahli keluarga Allahyarham Abdul Rajim Hasmki, yang ditemui di pekarangan Unit Forensik Hospital Seri Manjung hari ini. - Foto BERNAMA
LUMUT: "Abang sering bantu saya jika ada apa-apa yang diperlukan kerana kami hanya dua beradik walaupun berlainan ibu," kata Norlia Hasmki, adik kepada lelaki yang maut dalam kemalangan runtuhan kren di sebuah kilang di kawasan perindustrian Kampung Acheh, Sitiawan petang semalam.
Norlia, 29, yang bekerja sebagai kerani kilang berkata Abdul Rajim Hasmki, 33, tidak menunjukkan sebarang perubahan sewaktu kali terakhir dia menghubungi abangnya itu kira-kira dua bulan lepas.
"Saya dan abang ialah adik-beradik sebapa, ibunya telah meninggal dunia sewaktu arwah dilahirkan. Saya dapat tahu tentang berita ini oleh ibu ketika saya ingin pulang ke rumah dari tempat kerja dan saya sangat terkejut," katanya ketika ditemui di pekarangan Unit Forensik Hospital Seri Manjung di sini hari ini.
Norlia berkata ayah dan ibunya kini sedang menunggu kepulangan jenazah yang dijangka disemadikan di tanah perkuburan di sekitar rumahnya di Masai, Johor Bahru, Johor.
Kren Runtuh | Dua maut seorang cedera
Sementara itu, sepupu kepada seorang lagi mangsa yang maut, Abu Bakar Hasim, 45, berkata Allahyarham Maiyden Asibin, 29, seorang yang baik dan rajin bekerja.
"Saya dapat tahu berita ini petang semalam dan bergerak dari Selayang, Selangor ke sini pukul 10 malam, sampai kira-kira 2 pagi tadi," katanya yang memaklumkam jenazah akan dikebumikan di Manjung hari ini.
Dalam kejadian runtuhan kren semalam, dua maut manakala seorang lagi pekerja Mosed Alinid, 34, mengalami kecederaan iaitu patah kaki kanan dan sedang dirawat di Hospital Seri Manjung.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#kren runtuh
#Abdul Rajim Hasmki
#mangsa kren runtuh
#Sitiawan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan