awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
12 parti politik ditubuh di universiti menerusi Parlimen Belia - Johari
Malaysia, Ukraine teroka peluang kerjasama infrastruktur jalan raya, pembinaan - Nanta
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

2 maut, 1 cedera insiden kren runtuh

Aida Aziz
Aida Aziz
31/10/2022
16:29 MYT
2 maut, 1 cedera insiden kren runtuh
Mangsa yang maut diserahkan kepada pihak polis dan mangsa cedera pula kepada pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bagi tindakan lanjut. - Gambar/ JBPM
LUMUT: Dua lelaki maut manakala seorang lagi cedera dalam insiden runtuhan kren ketika kerja-kerja pemotongan di sebuah kilang berdekatan kawasan perindustrian Kampung Acheh, di sini pada Isnin.
Mangsa yang maut dikenali sebagai Abdul Rajim Hasmki, 33, dan Maiyden Asibin, 29, manakala mangsa cedera pula Mosed Alinid, 34.
Difahamkan kesemua mereka berasal dari Sabah.
Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada jam 4.58 petang.
"Terdapat kemalangan kren (industri berat) akibat daripada kerja pemotongan kren untuk dilupuskan, di mana ketika kerja sedang dilakukan berlaku runtuhan kren yang menyebabkan tiga mangsa tersepit.
"Anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sitiawan tiba ke lokasi dan mengeluarkan mangsa menggunakan peralatan khas serta bantuan kren bagi memudahkan operasi.
"Mangsa yang maut diserahkan kepada pihak polis dan mangsa cedera pula kepada pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bagi tindakan lanjut," katanya dalam kenyataan pada Isnin malam.
Topic Berkaitan
#kren runtuh
#lumut
#dua maut
#Kampung Acheh
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan