Panda gergasi Xiao Xiao, Lei Lei selamat kembali ke China

Xiao Xiao dan Lei Lei, kembar panda gergasi yang dilahirkan di Zoo Ueno Jepun pada Jun 2021, berlepas pulang dari negara itu pada Selasa. -Gambar fail/AP
CHENGDU: Dua panda gergasi yang pulang dari Jepun selamat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Tianfu Chengdu pada awal pagi Rabu, sebelum dibawa ke pangkalan Pusat Perlindungan dan Penyelidikan Panda Gergasi China di Ya'an.
Xiao Xiao dan Lei Lei, kembar panda gergasi yang dilahirkan di Zoo Ueno Jepun pada Jun 2021, berlepas pulang dari negara itu pada Selasa.
Ibu bapa mereka ialah Shin Shin dan Ri Ri, yang pulang ke China pada Sept 2024. Kakak kembar itu, Xiang Xiang, juga sudah kembali ke China pada Februari 2023.
Untuk menyambut kepulangan Xiao Xiao dan Lei Lei, pangkalan Ya'an telah membuat pelbagai kerja persiapan rapi seperti pemeriksaan badan dan kuarantin, untuk membantu kembar panda gergasi itu menyesuaikan diri dengan persekitaran di kampung halaman dengan secepat mungkin.
-BERNAMA-CMG
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami


