awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Edar vape berisi dadah, warga Singapura antara dua ditahan
TPM Ahmad Zahid cadang Skim Potongan Gaji sukarela perluas program wakaf al-Quran
Lebih 51,000 penerima bantuan JKM di Kelantan masih aktif
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pandemik masa depan: India gesa lebih banyak dana

Astro Awani
Astro Awani
18/02/2022
00:29 MYT
Pandemik masa depan: India gesa lebih banyak dana
Sitharaman (tengah) berkata, anggota G20 harus bekerjasama untuk menangani jurang dalam persediaan pandemik global yang menimbulkan "kebimbangan serius". - Gambar fail
INDIA pada Khamis menggesa 20 ekonomi terbesar dunia (G20) melakukan usaha bersama bagi memastikan peningkatan pembiayaan pelbagai hala oleh institusi global, termasuk Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) bagi bersedia menghadapi pandemik masa depan.
Negara berpendapatan sederhana dan sederhana rendah tidak mempunyai sumber yang mencukupi, lantas memerlukan sokongan global untuk menghadapi cabaran ini.
Perkara itu dinyatakan Menteri Kewangan India Nirmala Sitharaman kepada rakan sejawatannya G20 dalam satu mesyuarat yang dihoskan secara maya oleh Indonesia.
Kata Sitharaman, anggota G20 harus bekerjasama untuk menangani jurang dalam persediaan pandemik global yang menimbulkan "kebimbangan serius".
Beliau berkata Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) perlu menambah kapasitinya dan menggerakkan sumber global dan kesesakan struktur perlu ditangani untuk mengurangkan kesan pandemik.
COVID-19 | Pandemik Masa Depan: India gesa lebih banyak dana
Terdahulu, Setiausaha Perbendaharaan Amerika Syarikat, Janet Yellen menggesa ahli G20 untuk menyokong dana yang dicadangkan untuk melabur dalam pencegahan dan kesiapsiagaan wabak.
Beliau memberi amaran bahawa kegagalan untuk menutup jurang dalam sistem kesihatan global boleh mengakibatkan kos yang "memusnahkan".
Yellen memberitahu G20, dana perantara kewangan baharu itu, yang akan dihoskan di Bank Dunia, bakal membantu menyalurkan anggaran AS$75 bilion pelaburan yang diperlukan untuk mengurangkan kelemahan global terhadap wabak masa depan.
Topic Berkaitan
#India
#Pandemik COVID-19
#dana
#negara kaya
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan