awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Penggunaan, penjimatan Pas My50 boleh diketahui menerusi penjejak - Loke
Pemandu bas sekolah direman disyaki terlibat gangguan seksual pelajar
Bas ekspres terbabas punca kemalangan tiga kenderaan di lebuh raya PLUS - Polis
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Parlimen Australia beri penghormatan terakhir kepada Ratu Elizabeth II

Astro Awani
Astro Awani
10/09/2022
01:45 MYT
Parlimen Australia beri penghormatan terakhir kepada Ratu Elizabeth II
Perdana Menteri Australia, Anthony Albanese (tengah) meletakkan lingkaran bunga di kaki patung gangsa Ratu Elizabeth II di perkarangan bangunan Parlimen. - Foto AP
SYDNEY: Perdana Menteri Australia, Anthony Albanese memberi penghormatan terakhir kepada Ratu Elizabeth II dalam satu upacara khas yang diadakan di bangunan Parlimen di Canberra pada Sabtu.
Turut hadir Gabenor-Jeneral David Hurley dan beberapa orang kenamaan yang sama-sama meletakkan lingkaran bunga di kaki patung gangsa Ratu Elizabeth II.
Patung berkenaan terletak di Queen's Terrace di perkarangan bangunan Parlimen.
Ratu Elizabeth, 96, yang mangkat pada Khamis, merasmikan sendiri patung tersebut ketika lawatan baginda ke Australia pada tahun 1988.
Sebagai tanda penghormatan, bendera Australia dikibar separuh tiang pada Jumaat dan 96 das tembakan meriam dilepaskan di bangunan Parlimen.
Albanese turut menzahirkan ucapan takziah kepada kerabat diraja, kerajaan dan rakyat United Kingdom atas kemangkatan Ratu Elizabeth II.
"Hari ini hanya untuk satu perkara sahaja iaitu untuk memberi penghormatan terakhir kepada Ratu Elizabeth II," katanya.
Sepanjang pemerintahannya, Ratu Elizabeth II telah membuat sebanyak 16 lawatan ke Australia, yang pertama pada tahun 1954 dan yang terakhir adalah pada 2011.
Topic Berkaitan
#Ratu Elizabeth II
#Anthony Albanese
#upacara khas
#penghormatan terakhir
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan