Skip to main content

Dunia

Parlimen Hungary pilih bekas Ketua Mahkamah Agung sebagai Presiden

Baka menyampaikan ucapan selepas dilantik sebagai Presiden Hungary pada sesi plenari luar biasa Parlimen di Budapest, Hungary, 11 Ogos 2026. (Foto AP)
Baka menyampaikan ucapan selepas dilantik sebagai Presiden Hungary pada sesi plenari luar biasa Parlimen di Budapest, Hungary, 11 Ogos 2026. (Foto AP)
Advertisement

ISTANBUL: Perhimpunan Kebangsaan Hungary pada Selasa memilih bekas Ketua Mahkamah Agung Andras Baka sebagai presiden baharu negara itu, lapor Anadolu Ajansi yang memetik akhbar harian Magyar Nemzet. 

Baka dipilih sebagai presiden baharu Hungary dengan memperoleh 140 undi, sekali gus meraih majoriti dalam Perhimpunan Kebangsaan.

Baka dilaporkan disingkirkan daripada jawatannya oleh kerajaan Fidesz pada 2011 apabila Mahkamah Agung dimansuhkan.

Advertisement

Bekas Presiden Tamas Sulyok menandatangani pindaan Perlembagaan yang menamatkan tempoh perkhidmatannya pada Julai susulan tekanan daripada Perdana Menteri Peter Magyar dan Parlimen.

Magyar, yang Parti Tisza pimpinannya menguasai majoriti dua pertiga di Parlimen, berjanji semasa kempen pilihan raya untuk menggantikan Sulyok serta memperkenalkan pemilihan presiden secara langsung.

Advertisement

Selepas kemenangan dalam pilihan raya, Magyar berulang kali menggesa Sulyok dan beberapa pegawai kanan lain yang dikaitkan dengan pentadbiran terdahulu supaya meletakkan jawatan.

-- BERNAMA-ANADOLU

 

 

Must Watch Video

Advertisement