awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Agong berkenan terima menghadap Menteri Agama
Suspek tikam ibu hingga mati direman tujuh hari
Shila Amzah rai 25 tahun perjalanan seni di pentas prestij DFP
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Parlimen Pakistan dibubarkan

Bernama
Bernama
10/08/2023
09:33 MYT
Parlimen Pakistan dibubarkan
Presiden telah menerima nasihat Perdana Menteri Shahbaz Sharif untuk Dewan Rakyat dibubarkan berdasarkan Perkara 58(1) Perlembagaan Pakistan. -Gambar fail
ISLAMABAD: Presiden Pakistan Arif Alvi meluluskan untuk membubarkan Parlimen bagi membolehkan pilihan raya diadakan, lapor Xinhua.
Menurut kenyataan yang dikeluarkan Parlimen pada Rabu, presiden telah menerima nasihat Perdana Menteri Shahbaz Sharif untuk Dewan Rakyat dibubarkan berdasarkan Perkara 58(1) Perlembagaan Pakistan.
Terdahulu, Menteri Hal Ehwal Parlimen, Murtaza Javed Abbasi, berkata perdana menteri telah menghantar permohonan pembubaran kepada presiden, tiga hari lebih awal daripada penggal lima tahunnya pada 12 Ogos.
Pembubaran itu akan menyebabkan kerajaan pusat pimpinan Sharif akan meletakkan jawatan.
Menurut Perlembagaan, jika Parlimen dibubarkan sebelum tempoh ditetapkan, pilihan raya umum perlu diadakan dalam masa 90 hari dan jika tamat tempoh mandat, pilihan raya perlu dilaksanakan dalam masa 60 hari.
Selepas pembubaran, perdana menteri akan berbincang dengan ketua pembangkang di Dewan Rakyat untuk memutuskan siapa yang akan dilantik sebagai perdana menteri sementara sehingga pilihan raya umum diadakan.
Sharif dalam ucapan perpisahannnya di Dewan Rakyat, berkata beliau akan memulakan rundingan pada Khamis untuk memutuskan perdana menteri sementara dalam masa tiga hari.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Pakistan
#parlimen bubar
#pilihan raya
#Arif Alvi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan