Skip to main content

Dunia

Parlimen Romania tolak kerajaan cadangan bakal PM Siegfried Muresan

Presiden Romania Nicusor Dan mencalonkan Muresan (gambar) sebagai perdana menteri pada 17 Sept selepas mengadakan rundingan dengan pemimpin dan wakil parti serta pertubuhan politik yang diwakili di Parlimen. - Foto Siegfried Muresan
Presiden Romania Nicusor Dan mencalonkan Muresan (gambar) sebagai perdana menteri pada 17 Sept selepas mengadakan rundingan dengan pemimpin dan wakil parti serta pertubuhan politik yang diwakili di Parlimen. - Foto Siegfried Muresan

Advertisement

BUCHAREST: Kerajaan yang dicadangkan oleh Perdana Menteri Romania, Siegfried Muresan, gagal mendapat kelulusan Parlimen pada Rabu, lapor Xinhua.

 Menurut agensi berita nasional Romania, Agerpres, 321 daripada 464 anggota Parlimen menghadiri persidangan pada Rabu, dengan 197 undi sah direkodkan. 

Daripada jumlah itu, 182 ahli Parlimen mengundi menyokong pelantikan kerajaan berkenaan manakala 15 mengundi menentang.

 Kerajaan itu memerlukan sokongan majoriti anggota Dewan Perwakilan dan Senat atau sekurang-kurangnya 233 undi, untuk dilantik.

 Muresan berkata parti yang mencetuskan krisis politik memilih untuk melanjutkannya selepas Parlimen menolak pelantikan kerajaan pimpinannya.

 “Kami sedang menunggu untuk melihat apakah langkah seterusnya Presiden Romania,” katanya.

 Presiden Romania Nicusor Dan mencalonkan anggota Parlimen Eropah daripada parti liberal, Siegfried Muresan, sebagai perdana menteri pada 17 Sept selepas mengadakan rundingan dengan pemimpin dan wakil parti serta pertubuhan politik yang diwakili di Parlimen.

 Pencalonan itu merupakan pencalonan ketiga yang dibuat oleh Dan tahun ini selepas Parlimen meluluskan usul tidak percaya terhadap kerajaan Ilie Bolojan pada awal Mei.

-- BERNAMA-XINHUA

 

 

Must Watch Video

Advertisement