awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Parlimen Singapura dibubar, pilihan raya umum dalam tempoh tiga bulan

Yasmin Natasha
Yasmin Natasha
15/04/2025
08:07 MYT
Parlimen Singapura dibubar, pilihan raya umum dalam tempoh tiga bulan
Pilihan raya kali ini bakal menjadi medan ujian pertama buat Perdana Menteri Lawrence Wong, yang mengambil alih teraju Parti Tindakan Rakyat (PAP) daripada Lee Hsien Loong pada Mei 2024.
PARLIMEN Singapura telah dibubarkan pada hari ini bagi memberi laluan kepada pilihan raya umum yang dijangka berlangsung dalam tempoh tiga bulan, menurut satu kenyataan dalam warta kerajaan.
Pilihan raya kali ini bakal menjadi medan ujian pertama buat Perdana Menteri Lawrence Wong, yang mengambil alih teraju Parti Tindakan Rakyat (PAP) daripada Lee Hsien Loong pada Mei 2024, selepas lebih dua dekad di bawah kepimpinan Lee.
Seperti sebelum ini, PAP dijangka mengekalkan dominasi dan memenangi sebahagian besar kerusi Parlimen, namun tumpuan akan diberikan kepada jumlah undi popular yang diraih, susulan prestasi terburuk parti itu dalam pilihan raya 2020.
Pilihan raya tersebut juga akan berlangsung dalam suasana ekonomi yang mencabar, dengan pertumbuhan ekonomi negara diramal lebih perlahan. Pada Isnin, kerajaan menurunkan unjuran pertumbuhan bagi tahun 2025 kepada antara 0 hingga 2 peratus, berbanding ramalan asal 1 hingga 3 peratus.
Langkah itu dibuat susulan kebimbangan terhadap kesan tarif oleh Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, yang dijangka menjejaskan sektor perdagangan negara.
Populariti PAP dilihat semakin merosot sejak sedekad lalu apabila pihak pembangkang berjaya menambah bilangan kerusi dari satu pilihan raya ke satu pilihan raya. Pembangkang memenangi enam kerusi pada 2011 dan 2015, serta mencatat kemenangan terbesar dengan 10 kerusi pada 2020.
Pilihan raya kali ini akan menyaksikan tambahan empat kerusi, menjadikan keseluruhan 97 kerusi dipertandingkan yang melibatkan 15 kawasan pilihan raya satu anggota dan 18 kawasan pelbagai anggota, masing-masing dengan empat atau lima wakil.
Pada Februari lalu, Wong membentangkan belanjawan yang dilihat oleh penganalisis sebagai “belanjawan pilihan raya penuh”, dengan pelbagai insentif ditawarkan kepada rakyat menjelang pilihan raya ini.
Topic Berkaitan
#Singapura
#pilihan raya umum
#Parti Tindakan Rakyat
#bubar parlimen
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan