awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Parlimen Thailand lulus belanjawan 3.48 trillion baht

Bernama
Bernama
06/01/2024
07:00 MYT
Parlimen Thailand lulus belanjawan 3.48 trillion baht
Bajet sebanyak AS$101 bilion diluluskan dalam sesi undian pada lewat Jumaat dengan 311 anggota Parlimen menyokong manakala 177 menentang dan empat berkecuali selepas tiga hari perbahasan. - Gambar hiasan/ Reuters
BANGKOK: Bajet 2024 Thailand bertujuan merangsang pertumbuhan ekonomi berjaya menempuh halangan pertama di Parlimen pada malam Jumaat, selepas tertangguh akibat kebuntuan politik selama tiga bulan.
Bajet sebanyak 3.48 trilion baht (AS$101 bilion) diluluskan dalam sesi undian pada lewat Jumaat dengan 311 anggota Parlimen menyokong manakala 177 menentang dan empat berkecuali selepas tiga hari perbahasan.
Perdana Menteri Srettha Thavisin yang membentangkan bajet 2024 itu pada Rabu, menggesa perbelanjaan 3.48 trilion baht dengan defisit 693 bilion baht, peningkatan daripada 593 bilion yang diluluskan oleh kerajaan terdahulu.
Ekonomi Thailand diunjur berkembang 2.7 hingga 3.7 peratus tahun ini.
Bajet tahun ini ditangguhkan kerana kebuntuan politik yang berpanjangan berikutan pilihan raya umum pada Mei tahun lepas.
Kerajaan baharu telah ditubuhkan pada Ogos.
Bajet terbabit dijangka dikuat kuasa pada Mei.
Sementara itu, Srettha mengucapkan terima kasih kepada semua Ahli Parlimen atas sokongan mereka terhadap bajet berkenaan dan berjanji untuk menguruskan peruntukan itu dengan penuh berhemah dan berkesan.
Beliau berkata bajet itu akan memberi tumpuan dalam menjadikan kehidupan rakyat lebih baik melalui dasar ekonomi, sosial dan politik yang komprehensif dalam jangka masa pendek dan panjang.
"Kerajaan akan meneliti dan mempertimbangkan cadangan dan syor yang dibuat ketika perbahasan," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Thailand
#Bajet 2024
#isu politik
#Srettha Thavisin
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan