ISLAMABAD: Berikutan tiada pemenang jelas walaupun pengiraan undi pilihan raya Pakistan pada Khamis hampir selesai, parti-parti politik memulakan usaha untuk membentuk kerajaan campuran.
Bekas Perdana Menteri tiga kali, Nawaz Sharif dalam ucapan kepada penyokong di Lahore pada malam Jumaat mendakwa partinya memenangi kebanyakan kerusi dan mahu membentuk kerajaan perpaduan selepas menghubungi parti-parti sekutunya, lapor Agensi Anadolu.
Untuk itu, adik lelakinya yang juga bekas perdana menteri Shehbaz Sharif bertemu pemimpin Parti Rakyat Pakistan dan bekas Presiden Asif Zardari untuk membincangkan perkembangan itu.
Keputusan 251 daripada 266 kerusi umum dalam Dewan Negara menunjukkan calon bebas yang disokong parti Pakistan Tehreek-e-Insaf (PTI) mendahului dengan 99 kerusi, diikuti Liga Muslim Pakistan-Nawaz dengan 71, PPP 54, dan MQM 17.
Sesebuah parti memerlukan 169 kerusi di dewan rakyat yang mempunyai 336 anggota untuk membentuk kerajaan dengan majoriti mudah.
Bekas Perdana Menteri Imran Khan yang kini menjalani hukuman penjara, turut mendakwa partinya menang majoriti dua pertiga menerusi ucapan yang menggunakan kecerdasan buatan (AI).
Jurucakap PTI Rauf Hassan berkata mereka akan membentuk kerajaan persekutuan, serta kerajaan di wilayah Punjab dan Khyber Pakhtunkhwa.
Keputusan sementara bagaimanapun menunjukkan calon-calon yang disokong PTI mungkin tidak dapat membentuk kerajaan secara bersendirian berikutan parti itu hilang haknya ke atas kerusi simpanan, sekali gus meningkatkan peluang mana-mana parti untuk memperoleh angka ajaib untuk penguasaan politik negara itu.
Calon bebas, bagaimanapun, mempunyai pilihan untuk menyertai mana-mana parti selepas pilihan raya.
Laporan menunjukkan calon bebas yang disokong PTI, merancang untuk menyertai Majlis Wahdat-e-Muslimeen (MWM), sebuah parti agama.
Ketuanya Allama Abbas Nasir memberitahu Agensi Anadolu bahawa belum ada perbincangan sedemikian.
"Saya bertemu Khan Sahab di penjara pada 6 Feb ... Kami menyokong Khan Sahab selama ini, mereka telah menyokong kami ... PTI juga mempunyai pilihan, belum ada perbincangan seperti itu," menurut Abas melalui telefon.
"Kami tidak membuat tawaran kepada mereka, tidak juga membincangkannya. Tetapi kami menyokong Khan Sahab tanpa syarat," katanya.
Partinya memenangi satu kerusi parlimen. Keputusan akhir belum diketahui setakat ini.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Feb 10 2024
Nawaz Sharif dalam ucapan kepada penyokong di Lahore mendakwa partinya memenangi kebanyakan kerusi dan mahu membentuk kerajaan perpaduan selepas menghubungi parti-parti sekutunya. - Gambar fail/AP Photo/W.K. Yousafzai
Pelan Tindakan Pendidikan dan Penghayatan Rukun Negara dilancar Ogos ini - Aaron
Ia melibatkan Kementerian Perpaduan Negara, Kementerian Pendidikan, Kementerian Pendidikan Tinggi, dan Kementerian Komunikasi.
Peserta maraton Cyberjaya dipapah lepasi garisan penamat
Peserta maraton rebah di garisan penamat sejurus sebelum menamatkan larian 42km dalam perlumbaan Twincity Marathon Cyberjaya.
Proton buka pusat penyelidikan dan pembangunan di Teluk Hangzhou, China
Pembukaan pusat R&D itu akan meningkatkan sinergi kecekapan dalaman mereka dengan penggunaan sumber dan pengetahuan Geely.
AWANI Ringkas: Wujudkan akta lindungi pekerja OKU/autistik
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
PRK Kuala Kubu Baharu: Calon PH tayang sijil UPSR 7A, SPM 10A
Calon PH, Pang Sock Tao menyahut cabaran Ketua Penerangan Pas, Ahmad Fadhli Shaari supaya menunjukkan kelulusan pendidikan rendah dan menengahnya.
AWANI Ringkas: Wujudkan akta lindungi pekerja OKU/autistik
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Isu stoking: Pengarah KK Mart, isteri akan kemuka representasi kepada AGC
Pengarah KK Mart yang berdepan dua pertuduhan melukakan perasaan orang Islam dalam isu berkaitan penjualan stoking tertera kalimah Allah akan mengemukakan representasi kepada Jabatan Peguam Negara.
Inisiatif IHH Healthcare lancar pemasangan panel solar wajar jadi contoh - Fadillah Yusof
IHH Healthcare Malaysia mencatatkan pencapaian baharu dengan melancarkan inisiatif pemasangan panel solar di seluruh rangkaian hospitalnya sekali gus menjadikannya pelopor.
Che'gu Bard akan didakwa di Johor Bahru esok
Che'gu Bard berkata, ia dipercayai berhubung kenyataannya mengenai isu kasino di Forest City, Johor.
Ahmad Zahid ucap tahniah kepada Farah Ain
Ahmad Zahid mengucapkan tahniah kepada atlet boling padang Nor Farah Ain Abdullah yang muncul juara pada Kejohanan Boling Padang Dalam Dewan Dunia 2024.
Sidang Dewan Negara labuh tirai, 17 rang undang-undang diluluskan
Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Parlimen Ke-15, Majlis Dewan Negara melabuhkan tirai hari ini setelah bersidang selama tiga minggu sejak 18 Mac lepas.
Dewan Negara lulus dua RUU di bawah PETRA hari ini
Kedua-dua RUU itu diluluskan dengan lebih suara bersetuju, selepas bacaan kali ketiga oleh Timbalan Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air Akmal Nasrullah Mohd Nasir.
Aidilfitri: Kerajaan tambah 60 penerbangan ke Kota Bharu
Kerajaan telah meluluskan 60 penerbangan tambahan ke Kota Bharu, Kelantan melibatkan 15,962 tempat duduk sempena musim perayaan Aidilfitri ini.
Sejumlah 1,938 program hebahan 'Info On Wheels' dilaksana sejak Januari - Teo
Sebanyak 1,938 program hebahan 'Info On Wheels' (IOW) di 7,781 lokasi dilaksanakan Jabatan Penerangan (JaPen) dari awal Januari hingga 3 Mac.
Dewan Negara lulus pindaan Akta Wang Tak Dituntut 1965
Persidangan Dewan Negara hari ini meluluskan Rang Undang-Undang (RUU) Wang Tak Dituntut (Pindaan) 2024.
Kerajaan sedang lengkapkan kertas dasar perkukuh industri pertahanan negara
Kementerian Pertahanan sedang melengkapkan kertas dasar bagi memperkukuhkan industri pertahanan negara.
Dewan Negara luluskan tiga rang undang-undang hari ini
Rang undang-undang bagi meminda Akta Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) 1999 diluluskan dengan lebih suara bersetuju.
Mangsa sindiket penipuan pekerjaan disoal siasat - Mohamad
Rakyat Malaysia yang diselamatkan daripada menjadi mangsa penipuan sindiket tawaran pekerjaan akan disoal siasat oleh pihak berkuasa bagi memastikan mereka benar-benar mangsa dan bukannya dalang.
Dewan Negara lulus RUU Kekebalan Bidang Kuasa Negara Asing 2023
Dewan Negara hari ini meluluskan Rang Undang-undang Kekebalan Bidang Kuasa Negara Asing 2023.
Negara catat pelaburan asing RM188.4 bilion, pelaburan domestik RM141.1 bilion pada 2023
Beliau berkata pelaburan domestik menyumbang sebanyak RM141.1 bilion yang menyaksikan peningkatan sebanyak 35.1 peratus berbanding tahun sebelumnya.