awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pasaran Korea Selatan 'semakin stabil' selepas insiden undang-undang tentera

Bernama
Bernama
06/12/2024
04:45 MYT
Pasaran Korea Selatan 'semakin stabil' selepas insiden undang-undang tentera
Kementerian Kewangan Korea Selatan berkata, berdasarkan kes lepas, kesan faktor politik atau bukan ekonomi lazimnya bersifat sementara dan terhad. - Gambar hiasan/REUTERS
SEOUL: Pihak berkuasa ekonomi dan kewangan tertinggi Korea Selatan pada Jumaat memaklumkan bahawa pasaran kewangan dan pertukaran asing negara itu "semakin stabil" selepas kejadian pelaksanaan undang-undang tentera yang singkat awal minggu ini.
Penilaian itu dibuat dalam mesyuarat tergempar bagi menilai potensi kesan pengisytiharan undang-undang tentera oleh Presiden Yoon Suk Yeol pada Selasa, yang kemudiannya dibatalkan dalam tempoh beberapa jam oleh Dewan Negara, lapor Agensi Berita Yonhap.
Mesyuarat pada Jumaat itu dihadiri oleh Menteri Kewangan Choi Sang-mok, gabenor Bank of Korea serta ketua Suruhanjaya Perkhidmatan Kewangan dan Perkhidmatan Penyeliaan Kewangan.
"Pasaran kewangan dan pertukaran asing secara keseluruhan menunjukkan trend stabil, disokong oleh langkah penstabilan pasaran oleh kerajaan," menurut kementerian kewangan memetik kenyataan mesyuarat.
Berdasarkan kes lepas, kesan faktor politik atau bukan ekonomi lazimnya bersifat sementara dan terhad, menurut kementerian.
Bagaimanapun, Choi berkata kerajaan akan terus mengekalkan pasukan tindak balas pemantauan 24 jam yang ditubuhkan susulan kekacauan akibat undang-undang itu dengan mengambil kira ketidaktentuan yang masih berterusan daripada faktor tempatan dan luaran.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Korea Selatan
#undang-undang tentera
#Yoon Suk Yeol
#kesan ekonomi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan